|
||
Berikut adalah tip-tip untuk meningkatkan ketepatan keputusan carian anda semasa menggunakan Alatan Carian Terperinci. Anda boleh menggunakan alatan ini untuk mewujudkan carian yang tepat dan khusus.
| Kata Carian | Masukkan kata carian sebagaimana yang diingini sama ada berdasarkan
produk / servis. Contoh: Pengurusan Acara Hiasan Jus Roselle |
| Kaedah Carian | Gunakan fungsi ini untuk mencari paparan yang mengandungi frasa yang tepat atau frasa yang tertentu sahaja |
| Padanan frasa yang tepat | Fungsi ini akan memaparkan keputusan sepertimana yang telah dimasukkan oleh pengguna mengikut padanan dan susunan frasa di dalam ruang kata carian. Contoh Kata Carian "Pengurusan Acara"; hanya iklan yang mengandungi padanan frasa yang tepat iaitu "Pengurusan Acara" akan dipaparkan di dalam ruangan keputusan carian anda. |
| Padanan pada kesemua frasa (AND) | Fungsi ini akan memaparkan keputusan yang tidak semestinya mengikut turutan daripada kata carian yang dimasukkan oleh pengguna; walau bagaimanapun carian memproses kesemua frasa yang dimasukkan oleh pengguna. Contoh Kata Carian "jus roselle"; keputusan carian akan memaparkan iklan yang mengandungi frasa seperti "jus roselle" dan juga "roselle jus" |
| Padanan pada salah satu frasa (ATAU) | Ciri ini akan memaparkan keputusan carian daripada salah satu frasa yang dimasukkan oleh pengguna. Contoh Kata Carian "jus roselle"; keputusan carian akan memaparkan iklan yang mengandungi perkataan "jus" atau "roselle". Nota: Keputusan carian mungkin tidak relevan dengan carian yang diingini |
| Jenis Pencarian | Pengkhususan kelompok yang berkaitan dengan carian anda: Tawaran Jualan – produk / servis yang diiklankan oleh ahli portal Tawaran Belian – produk / servis yang dicari / diingini oleh ahli portal Katalog Produk – Maklumat tambahan mengenai sesuatu produk Profil Syarikat - Maklumat tambahan mengenai sesebuah syarikat yang tersenarai di portal ini |
| Kategori Pencarian | Ciri ini memproses carian anda dengan lebih tepat berdasarkan kategori produk / servis. |
| Tarikh Iklan (Selepas / Sebelum) | Anda boleh memilih untuk menghadkan carian anda mengikut tempoh masa tertentu di dalam menu Tarikh Iklan (Selepas / Sebelum). Contoh : Maklumat produk yang ingin dicari telah dipaparkan di antara 1hb April 2009 sehingga / sebelum 8hb April 2009. |
| Negara | Khususkan negara asal produk / servis yang anda cari |
Klik "Cari" setelah anda memasukkan semua kriteria carian. Keputusan carian anda akan dipaparkan di laman yang baru.