|
|
| Laman Utama
> Perusahaan Tradisional, Kecil-kecilan |
 |
Perusahaan Tradisional / Kecil-Kecilan
Pembuatan produk makanan merupakan tulang belakang kepada industri perusahaan tradisional / kecil-kecilan di Malaysia. Para pembekal menyediakan pelbagai jenis produk makanan daripada makan tradisional yang popular sehingga juadah yang lebih kontemporari.
Dapatkan bekalan anda secara langsung daripada pembekal kecil dengan mengelak daripada membayar kos-kos yang tidak sepatutnya melalui orang tengah.
Industri kecil-kecilan biasanya terdiri daripada produk dan perkhidmatan yang selalunya unik dan tersendiri serta ia tidak dihasilkan secara besar-besaran. Pengeluar produk dan perkhidmatan industri kecil biasanya berhadapan dengan perbagai persaingan yang sengit apabila bersaing dengan syarikat-syarikat atau kilang-kilang.
Program SAWARI yang dikelolakan oleh FELDA merupakan contoh terbaik kelompok perusahaan tradisional dan industri kecil-kecilan. Pengusaha bebas yang menghasilkan pelbagai jenis makanan tradisi, kraf tangan, pakaian dan lain-lain lagi juga menjana kepelbagaian kategori produk di dalam industri perusahaan kecil-kecilan.
Inisiatif padanan perniagaan berasaskan web seperti portal soho.net.my merupakan satu peluang yang baik untuk pengusaha industri kecil-kecilan untuk meluaskan pasaran mereka. |
|
|
|
|
|