Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:17 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Polisi Pelanggaran Hak dan Harta Intelek

SoHo.net.my menghormati harta intelek individu lain, dan kami meminta agar semua pengguna kami turut berbuat demikian. Bahan-bahan yang disahkan melanggar hak dan harta intelek akan digantung atau disingkirkan, seperti yang tertakluk di dalam Terma Penggunaan.

Pemberitahuan

Sekiranya anda percaya bahawa hasil kerja anda telah disalin atau diterbitkan atau telah, dalam hal lain yang berkenaan, digunakan dalam SoHo.net.my dengan cara yang mengandungi pelanggaran hak cipta atau dengan erti kata lain satu pelanggaran kepada hak harta intelek anda, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan kami dengan membekalkan maklumat-maklumat yang berikut:

  1. Keterangan mengenai pelanggaran hakcipta hasil kerja anda atau harta intelek lain;
  2. Keterangan mengenai lokasi bahan pada laman web yang anda percaya telah berlaku pelanggaran hak, dengan maklumat yang secukupnya agar kami boleh mengesan bahan tersebut pada laman web berkaitan;
  3. Alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda;
  4. Satu keterangan atau pernyataan bahawa anda percaya yang penggunaan bahan yang dipertikaikan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pemilik hak cipta atau harta intelek, ejen-ejennya, atau undang-undang; dan
  5. Satu keterangan bersumpah oleh anda, bahawa segala maklumat yang anda berikan seperti yang di atas di dalam notis anda adalah tepat dan anda merupakan pemegang hak cipta atau pemilik harta intelek atau anda mempunyai hak untuk membuat sebarang tindakan ke atas hakcipta atau harta intelek tersebut bagi pihak pemiliknya.

SoHo.net.my boleh dihubungi di:
40B Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Melalui faks:   03-77276561
Melalui e-mel: service@soho.net.my

Peringatan : Sekiranya terdapat percanggahan dari segi fakta mahupun pemahaman, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.