Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:42 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Polisi Penyenaraian Produk

Produk Berasaskan Haiwan dan Hidupan Liar

Hidupan liar yang diancam kepupusan dan tumbuh-tumbuhan yang dilindungi undang-undang atau peraturan setempat dan juga undang-undang perdagangan antarabangsa adalah dilarang di SoHo.net.my.

Walaubagaimanapun, perdagangan barangan tersebut boleh dibenarkan untuk tujuan-tujuan khusus seperti penyelidikan saintifik. Di dalam kes seperti ini, perdagangan tersebut boleh dibenarkan dengan mengemukakan dokumen sah seperti permit eksport, sijik pengeksportan semula, permit import, dan lain-lain dokumen yang berkenaan dan berkaitan).

Kulit atau bulu haiwan, organ dalaman, gigi, kuku, cengkerang, tulang-belulang dan bahagian-bahagian lain yang terdapat pada spesis yang dilingdungi seperti harimau, beruang panda, dan lain-lain adalah dilarang sama sekali di SoHo.net.my.
Pengecualian : Haiwan ternakan dan peliharaan untuk tujuan komersil dibenarkan di SoHo.net.my

Perisian Akademik

Perisian akademik merupakan pakej perisian yang dijual dengan harga tawaran kepada pelajar-pelajar, guru-guru, dan kakitangan institusi-institusi pengajian yang diiktiraf.

Di dalam portal SoHo.net.my, anda tidak boleh menyenaraikan sebarang perisian akademik kecuali anda merupakan individu yang disahkan atau yang dibenarkan iaitu seperti pengeluar, pengedar, peruncit, ejen atau sebagainya. Tawaran-tawaran yang melanggar polisi perisian akademik SoHo.net.my akan terus disingkirkan.

Sekiranya anda mewakili institusi pengajian atau penjual-semula bahan-bahan akademik yang sah, ia harus dinyatakan dengan jelas di dalam tawaran anda termasuk maklumat-maklumat perniagaan, produk dan syarikat.

Bahan Artifak

Artifak, peninggalan sejarah dan kebudayaan, dan bahan-bahan lain yang berkaitan adalah dilindungi di bawah undang-undang Malaysia. Sila patuhi garis panduan umum ini dan tidak membuat sebarang penyenaraian tawaran terhadap bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

Penyeludupan keluar barang-barang terlarang seperti peninggalan sejarah dan kebudayaan, emas, perak, bahan logam berharga lain, haiwan yang jarang ditemui dan produknya akan dikenakan atau dijatuhkan hukuman minimum, penjara selama lima tahun dengan denda atau barangan tersebut akan dirampas. Dalam kes-kes yang lebih serius, penjara seumur hidup atau hukuman mati akan dijatuhkan termasuk rampasan barangan tersebut. Bagi kes-kes yang biasa, hukuman penjara kurang dari lima tahun  dan penalti kewangan akan dikenakan.

Matawang dan Setem Palsu

SoHo.net.my melarang  penjualan dan pembelian matawang dan setem palsu, duit syiling, wang kertas, wang pos dan sekuriti lain, termasuk peralatan yang direka untuk memngeluarkan barang-barang yang diharamkan yang seumpamanya.
Sebarang "salinan", "pembuatan semula" atau "replika" duit syiling sebagai barangan yang dikumpul mestilah ditanda dengan jelas perkataan SALINAN, DIBUAT SEMULA atau REPLIKA. Hanya barangan yang dinyatakan sedemikian adalah dibenarkan.

Barangan Palsu

Penyenaraian barangan yang tidak sah, replika ataupun palsu, seperti pakaian berjenama tiruan, jam, bag tangan, kacamata hitam, atau aksesori lain adalah dilarang di SoHo.net.my.

Sebarang tawaran untuk menjual atau membeli barang-barang palsu / tiruan, replika serta barang yang tidak sah yang ditemui oleh pihak SoHo.net.my akan segera dihentikan. Pelanggaran polisi Barangan Palsu SoHo.net.my ini akan mengakibatkan penggantungan keahlian anda.

Senjata, Senjata Api, Peluru

Sebarang senjata api, peluru, kelengkapan tentera, senjata lain atau bahagian-bahagian atau aksesori lain yang berkaitan adalah tidak dibenarkan di SoHo.net.my. Penjualan dan pembelian senjata api, peluru dan senjata kepada dan daripada negara-negara yang mempunyai polisi yang sama adalah juga dilarang dan aktiviti yang sedemikian akan mengakibatkan akaun anda dibatalkan.

Senarai Mel dan Maklumat Peribadi

SoHo.net.my tidak membenarkan penjualan senarai mel yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon dan faks, atau maklumat peribadi lain. Sebarang alatan atau perisian yang direka untuk menghantar e-mel komersil (spam) adalah tidak dibenarkan.

SoHo.net.my tidak membenarkan tawaran yang menampilkan maklumat peribadi pihak ketiga seperti alamat dan nombor telefon.

Bahan-Bahan Lucah

Bahan-Bahan lucah atau pornografi adalah tidak dibenarkan di SoHo.net.my, dan ia juga melanggar undang-undang di kebanyakan negara. Portal SoHo.net.my digunakan oleh pengguna di seluruh dunia; kebanyakan negara mempunyai undang-undang yang ketat untuk mengawal bahan-bahan dewasa (lucah), dan undang-undang yang mengawal penjualan barang-barang tersebut melalui internet melepasi sempadan nasional merupakan suatu isu yang belum diselesaikan. 

Harta Rompakan / Hasil Curi

Penjualan harta rompakan atau hasil curi adalah dilarang sama sekali di SoHo.net.my dan ia melanggar undang-undang Malaysia. SoHo.net.my memberi sokongan padu kepada pihak berkuasa dalam usaha untuk mendapatkan kembali barangan seumpamanya yang tersenarai di laman web ini, dan menyokong pendakwaan dibuat terhadap mereka yang (dengan pengetahuan) cuba menjual barang-barang yang terlarang ini di dalam SoHo.net.my. Harta rompakan atau hasil curi termasuk apa-apa barangan yang diambil daripada individu persendirian dan juga barang-barang atau harta yang dibawa keluar daripada syarikat atau kerajaan, tanpa kebenaran.

Sekiranya anda mendapati terdapat barangan di SoHo.net.my yang anda percaya bahawa ia adalah sesuatu yang dicuri / dirompak, tindakan terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan menghubungi pihak berkuasa dengan kadar segera. Sekiranya anda mendapati bahawa imej dan / atau keterangan teks milik anda telah digunakan semula oleh ahli SoHo.net.my lain tanpa kebenaran anda, atau hak harta intelek anda telah dilanggar oleh seseorang ahli, sila hubungi bahagian perkhidmatan kami.

Salinan Harta Intelek Yang Tidah Disahkan

Jangan senaraikan barang-barang yang tidak dibenarkan / disahkan (cetak rompak, tiruan, dan lain-lain) salinan program perisian, permainan video, album musik, filem, program televisyen atau gambar-gambar fotografi (dan barangan / produk yang dikategorikan sepertinya) di dalam SoHo.net.my.

Bahan-Bahan Yang Boleh Menyinggung Etnik atau Perkauman

Tawaran yang boleh menyinggung perasaan perkauman atau etnik dilarang sama sekali di SoHo.net.my. Penjual atau pembeli haruslah memastikan setiap ayat dan / atau imej yang digunakan mestilah sesuai dengan sensitiviti sesiapa yang akan membaca, menjual mahupun membeli tawaran tersebut. SoHo.net.my menggalakkan semua ahli untuk menghormati orang lain seperti mana mereka sendiri ingin dihormati.

Wajah, Nama dan Tandatangan

Jangan senaraikan barangan yang mengandungi imej, kesamaan, nama atau tandatangan orang lain kecuali produk tersebut dibuat atau dibenarkan oleh individu yang berkaitan. Iklan-iklan yang melanggar polisi Wajah, Nama dan Tandatangan SoHo.net.my akan dibuang serta-merta.

Peralatan dan Servis Kewangan

SoHo.net.my melarang penjualan dan pembelian peralatan dan servis-servis kewangan termasuk harta pusaka, pindahan wang, jaminan bank, emas, surat jaminan kredit, pinjaman, kutipan derma, saham-saham dan bon, dan lain-lain lagi.

Lesen-lesen dan ID Kerajaan

Perkara berikut tidak akan disenaraikan dalam SoHo.net.my:
Barang-barang atau perkara-perkara yang dinyatakan atau yang hampir sama dengan, lesen-lesen atau dokumen-dokumen identifikasi rasmi kerajaan, seperti sijil kelahiran, lesen memandu, visa atau pasport. Selain daripada itu, permohonan lengkap yang mengandungi maklumat peribadi tidak akan disenaraikan.

Bangkai atau Bahagian Tubuh Badan Manusia

Tubuh badan manusia, atau sebarang bahagian daripada tubuh badan manusia tidak boleh disenaraikan di SoHo.net.my. Contoh-contoh yang dilarang termasuk, tetapi tidak terhad kepada: organ-organ, tulang, darah, bahan buangan, sperma dan telur.

Barangan Tidak Boleh Dipindahmilik

SoHo.net.my tidak membenarkan penjualan barangan seperti tiket-tiket loteri atau tiket penerbangan yang tidak boleh dipindahmilik. SoHo.net.my merupakan platform maklumat perniagaan-ke-perniagaan dalam talian; maklumat peribadi atau yang tidak berkaitan dengan perniagaan tidak diterima.

Peralatan TV Satelit dan Kabel Tidak Sah

SoHo.net.my melarang penjualan barangan atau peralatan yang boleh digunakan untuk mengakses program televisyen satelit atau kabel tanpa kebenaran atau bayaran. Menyatakan barangan tersebut untuk tujuan pendidikan atau ujian tidak akan memberikan status sah dan dianggap tidak sesuai.

Maklumat "bagaimana" untuk membuat pemasangan atau mendapatkan akses kepada program televisyen satelit atau kabel tanpa kebenaran atau bayaran adalah juga tidak dibenarkan. Polisi SoHo.net.my melarang sebarang "galakan" terhadap aktiviti seumpamanya. Sekiranya produk anda dipasarkan dengan gaya yang sedemikian, tawaran anda akan ditamatkan oleh SoHo.net.my.

Saham dan Sekuriti Lain

Undang-undang mengawal sebarang penjualan saham dan sekuriti lain yang mewakili pemilikan entiti sesuatu pelaburan saham semasa, dan usaha individu di dalam mencari pelaburan untuk perniagaan. Kawalan tersebut menetapkan sesuatu had terhadap kemampuan individu untuk menjual barangan yang tersebut di dalam internet melalui SoHo.net.my, dan oleh itu SoHo.net.my tidak membenarkan sebarang penjualan 'sekuriti' di dalam laman webnya.

Contoh-contoh yang tidak dibenarkan pada SoHo.net.my:

  • Segala saham, bon-bon, dan pelaburan di dalam sebarang entiti atau harta, termasuk tetapi tidak terhad kepada perbadanan syarikat atau perkongsian, melainkan yang diberi pengecualian seperti yang di bawah untuk sijil-sijil yang dibatal dan hadiah-hadiah sijil saham (single-share gifts).
  • Kredit (sebagai contoh, anda tidak boleh menjual $1000 secara kredit kepada pembeli)
  • Perundingan untuk melaburkan wang di dalam sebarang perniagaan
  • Sebarang bahagian di dalam perniagaan yang sedang dijalankan
  • 100% bahagian di dalam sebarang perniagaan yang sedang dijalankan sekiranya penjualan tersebut melibatan pindahan saham-saham di dalam perniagaan tersebut.
  • Dokumentasi yang mewakili bukti-bukti pelaburan berfaedah semasa di dalam sebarang entiti.
  • Nota-nota (kecuali yang dibenarkan di bawah peraturan hartanah kami)

Perisian OEM

Peraturan SoHo.net.my: Jangan senaraikan salinan perisian "OEM" atau pakej perisian (bundled) di dalam SoHo.net.my melainkan anda menjualnya bersama peralatan perkakasan komputer.

Definisi OEM: Original Equipment Manufacturer (OEM) atau Pengeluar Peralatan Asli, atau pakej perisian adalah sesuatu perisian yang boleh didapati atau didatangkan bersama apabila anda membeli sebuah komputer baru. Lesen perisian OEM biasanya tidak membenarkan pembeli untuk menjual semula perisian tersebut tanpa komputer atau dalam sesetengah kes, tanpa sebarang perkakasan komputer.

Preskripsi Ubat-Ubatan dan Peralatan Perubatan

SoHo.net.my tidak membenarkan sebarang tawaran terhadap peralatan atau ubat-ubatan terkawal yang memerlukan preskripsi daripada pengamal yang berlesen (seperti doktor, doktor gigi dan lain-lain yang berkenaan). Sesuatu ubat-ubatan seperti insulin, wujud dalam bentuk sama ada dipreskripsikan dan juga yang tidak berpreskripsi. Ubat-ubatan yang sedemikian adalah juga dilarang. Jika anda tidak pasti dengan tahap yang dibenarkan terhadap barangan anda, sila hubungi pihak SoHo.net.my sebelum membuat sebarang tawaran. SoHo.net.my juga tidak membenarkan sebarang iklan peralatan perubatan yang tidak disahkan yang mana mungkin akan menyebabkan kecederaan (dalam apa jua bentuk) ke atas individu lain.

Polisi Penjualan Semula Tiket Acara

SoHo.net.my membenarkan penjualan tiket untuk acara-acara hiburan (termasuk acara sukan, konsert dan persembahan / pertunjukan lain) selagi dibenarkan oleh undang-undang.

Walau bagaimanapun, SoHo.net.my tidak boleh memberikan nasihat perundangan terhadap transaksi tiket anda, dan anda seharusnya peka dengan undang-undang atau peraturan (seperti peraturan yang dikenakan oleh majlis perbandaran tempatan yang menuntut penjual-semula untuk mendapatkan lesen atau permit) yang dikenakan terhadap transaksi anda. Maklumat yang disediakan hanyalah sebagai langkah permulaan untuk penyelidikan anda. Sebagai penjual tiket, anda bertanggungjawab memastikan transaksi anda tersebut tidak melanggar mana-mana undang-undang yang berkenaan mahupun terma-terma pada tiket tersebut.

Notis Penting

Terdapat berbagai-bagai bahan, kemudahan atau servis yang dilarang daripada disenaraikan di SoHo.net.my. Sila hubungi bahagian khidmat pelanggan kami untuk maklumat lanjut.

Peringatan : Sekiranya terdapat percanggahan dari segi fakta mahupun pemahaman, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.