Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 10:42 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Tip-Tip Perniagaan

Membina Kepercayaan dan Keyakinan

SoHo.net.my adalah komited di dalam menjadikan penggunaan portal ini selamat dan mudah. Dengan menyediakan maklumat sebanyak yang mungkin berkaitan dengan bakal pembeli atau penjual, kami membantu anda dan rakaniaga anda untuk membuat suatu keputusan perniagaan yang sewajarnya.

Tip-Tip Perniagaan ini direka untuk membantu anda untuk mengambil peluang dan kesempatan dengan servis kami untuk mengenal pasti rakaniaga yang boleh dipercayai sama ada dari segi sumber-sumber di dalam talian mahupun di luar talian yang boleh membantu penggunaan internet anda, lebih selamat.

Mengenali Rakaniaga Anda

Mengambil tahu dengan lebih lanjut perihal rakaniaga anda merupakan suatu perkara mustahak di dalam membuat sebarang keputusan perniagaan. Di dalam setiap urus niaga, kesalahan haruslah dielakkan di dalam memilih pembekal yang boleh dipercayai atau bergantung pada pembeli yang diyakini.

SoHo.net.my menawarkan beberapa perkhidmatan untuk membantu anda mengenali dengan lebih lanjut perihal rakaniaga anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan kami, sila hubungi pihak kami pada waktu bekerja dan kami akan membantu anda berkaitan dengan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Mengesan, Mengelak dan Melaporkan Pemalsuan

Penggunaan internet yang luas serta perhubungan rakaniaga yang berjaya mampu menjana keuntungan kepada kedua-dua pembeli dan penjual. Tetapi adalah penting bagi anda untuk melindungi diri anda daripada kes-kes pemalsuan yang mungkin berlaku akibat daripada penipuan atau penyembunyian maklumat atau identiti di internet.

Sekiranya anda mengesyaki sebarang aktiviti pemalsuan / penipuan, terdapat beberapa langkah yang anda ambil:

  1. Hubungi rakaniaga anda dan aturkan  satu panggilan telefon atau pertemuan untuk bersemuka dengan rakaniaga anda. Biasanya, langkah ini mampu menyelesaikan masalah yang timbul. Kebanyakan pembeli atau penjual adalah jujur dan boleh dipercayai dan permasalahan yang timbul biasanya disebabkan salah faham yang timbul akibat daripada perbezaan bahasa serta budaya.
     
  2. Sekiranya anda mengesyaki sebarang aktiviti penipuan / pemalsuan dijalankan oleh rakaniaga anda, kami mengesyorkan anda menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan. Anda juga patut melaporkan kepada pihak kami sekiranya anda mengesyaki sebarang salah laku atau pencabulan syarat dan terma terhad portal ini agar kami dapat mengawasi dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli yang terlibat. Anda boleh menghantar laporan kepada kami di feedback@soho.net.my dan kami akan segera mengatasi permasalahan tersebut.

Tip-Tip Perniagaan Untuk Ahli SoHo.net.my

Langkah berjaga-jaga boleh diambil terhadap bakal rakaniaga yang anda kenali melalui internet agar risiko terlibat dengan transaksi palsu, ditipu atau dan juga salah faham di dalam hal perniagaan dapat dikurangkan. Ini termasuk:-

  1. Berhati-hati Memilih Rakaniaga
    Jalankan perniagaan anda dengan rakaniaga yang mempunyai maklumat-maklumat yang boleh dipercayai. Baca keterangan / maklumat rakaniaga anda dan adalah lebih selamat menjalankan perniagaan dengan pembeli / penjual yang senegara atau daripada kawasan yang anda kenali.
     
  2. Mengesahkan Maklumat Perhubungan
    Sahkan alamat, nombor telefon dan alamat e-mel yang diberi oleh rakaniaga anda berpadanan dengan nama syarikat yang diberikan. Sekiranya seorang peniaga memberikan maklumat perhubungan yang tidak konsisten, sebagai contoh alamat perniagaan di Amerika tetapi nombor telefon di negara lain, kami menyarankan anda membuat carian dan menyemak alamat perniagaan tersebut di dalam direktori telefon tempatan dan mendapatkan nombor telefonnya, seterusnya membuat panggilan kepada nombor yang diperolehi untuk mengesahkan sama ada peniaga yang berhubung dengan anda merupakan salah seorang pekerja di syarikat yang berkenaan. Begitu juga dengan situasi lain yang berkaitan dengan perihal maklumat perhubungan, anda harus mengesahkan maklumat berkenaan terlebih dahulu.
     
  3. Periksa Latarbelakang Rakaniaga Anda
    Periksa latarbelakang rakaniaga anda melalui sumber-sumber pihak ketiga termasuk mendapatkan pendaftaran perniagaan yang sah dan laporan kredit / kewangan. Di kebanyakan negara, status sesebuah syarikat merupakan maklumat umum. Sekiranya anda tidak dapat mengakses maklumat pendaftaran syarikat rakaniaga anda, anda boleh memohon Surat / Sijil Akaun daripada rakaniaga tersebut yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjutan berhubung dengan laporan kredit rakaniaga anda daripada agensi kredit tempatan. Laporan kredit mengandungi maklumat-maklumat transaksi perniagaan seseorang peniaga yang melibatkan perhubungan kewangan dengan bank dan juga transaksi dengan rakaniaga lain.
     
  4. Bertemu Rakaniaga Anda
    Pada bila-bila masa yang sesuai, temui rakaniaga anda dan lawati fasiliti perniagaannya. Walaupun internet menawarkan sumber maklumat yang luas dan juga maklumat-maklumat mengenai rakaniaga anda untuk anda lakukan penilaian asas, namun perjumpaan di antara anda dan rakaniaga anda adalah jalan yang terbaik untuk mengesahkan maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut.
     
  5. Lindungi Diri Anda Semasa Menempah atau Menyediakan Sampel
    Sebagai pembeli, mohon sampel produk sebelum anda bersetuju untuk terikat dengan terma belian dan pembayaran di dalam Pesanan Belian untuk mengelak daripada mendapat barangan yang tidak mencapai piawai kepuasan anda. Sebagai penjual pula, anda boleh memohon agar pembeli anda membayar kos penghantaran dan sampel produk sebelum anda menghantar sampel produk tersebut kepada pembeli; terutamanya jika produk anda mempunyai harga jual-balik yang tinggi.
     
  6. Gunakan Servis Semakan Pra-Penghantaran
    Lindungi diri anda sebagai seorang pembeli dengan memohon untuk mendapatkan sampel produk terlebih dahulu sebagai prasyarat kepada terma pembayaran untuk mengelak daripada mendapat barangan yang tidak mencapai tahap kualiti kepuasan anda.
     
  7. Lindungi Diri Anda Daripada Risiko Pembayaran - Anda Sebagai Penjual
    Sekiranya anda adalah seorang penjual dan telah lama tidak menjalankan apa-apa transaksi dengan rakaniaga anda, elakkan daripada menjual produk anda secara akaun terbuka (yang mana akan memberi tempoh lanjutan kredit kepada pembeli anda). Oleh itu adalah lebih baik sekiranya anda meminta pembeli anda untuk menyediakan satu surat jaminan kredit (LC) kepada anda sebagai jaminan transaksi tersebut.
     
  8. Lindungi Diri Anda Daripada Risiko Pembayaran - Anda Sebagai Pembeli
    Kebiasaannya, pembekal akan meminta anda membuat deposit (biasanya sebanyak 30%) daripada pembeli sebelum penjual menerima sebarang tempahan. Perkara ini adalah amalan biasa untuk rakaniaga yang sudah lama menjalin hubungan niaga, tetapi sekiranya anda baru pertama kali menjalinkan perniagaan dengan peniaga tersebut, pastikan anda telah menyemak latar belakang pembekal tersebut sebelum anda bersetuju dengan sebarang bayaran deposit, ataupun mohon terma pembayaran lain; misalnya dengan mengemukakan surat jaminan kredit. Sekiranya penjual tersebut lebih mengutamakan isu bayaran daripada isu-isu transaksi lain, atau pun penjual tersebut memaklumkan kepada anda bahawa bayaran tunai perlu dibuat dengan kadar segera, anda perlu lebih berhati-hati dengan perihal transaksi tersebut. Anda juga perlu lebih berhati-hati sekiranya diminta untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun yang mana pemiliknya tidak boleh dikesan; seperti membuat pindahan tunai melalui Western Union yang mana anda tidak boleh mengesan nama sebenar pemilik akaun tersebut.
     
  9. Mengesyaki Alamat Perhubungan atau Penghantaran
    Beri lebih perhatian kepada alamat perhubungan atau penghantaran yang berada di dalam kawasan yang sering dikaitkan dengan kes-kes penipuan dan pemalsuan seperti Eropah Timur, Afrika Barat dan Amerika Tengah.
     
  10. Berwaspada dengan Alamat E-Mel Palsu
    Tidak mustahil bagi pengguna yang mempunyai pengetahuan teknikal untuk menghantar e-mel kepada anda menggunakan alamat e-mel palsu. Apabila anda menerima e-mel daripada orang yang anda kenal atau daripada pengguna yang mempunyai alamat e-mel yang sah tetapi mesej yang terkandung di dalam e-mel tersebut menimbulkan syak, anda boleh menyemak pengesahan alamat e-mel tersebut dengan menggunakan satu kaedah mudah.

Peringatan : Sekiranya terdapat percanggahan dari segi fakta mahupun pemahaman, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.