Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:45 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Terma Penggunaan

Pengenalan

Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dan menerima untuk mematuhi segala terma dan syarat yang terkandung di dalamnya. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian di dalam Terma dan Syarat ini, anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan penggunaan laman web ini.

Hakmilik Harta Intelek

Selagi ia tidak diumumkan atau dipaparkan, kami atau pemilik lesen kami adalah pemegang hakmilik harta intelek kepada laman web ini serta segala isi kandungan dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Tertakluk kepada lesen yang tertera di bawah, segala hak milik harta intelek adalah terpelihara.

Lesen menggunakan laman web

Anda boleh melihat paparan, memuat turun untuk tujuan penyimpanan cache sahaja, dan mencetak kandungan daripada laman web ini untuk kegunaan peribadi, tertakluk kepada larangan-larangan di bawah. Anda tidak boleh:

  • Menerbit semula bahan-bahan daripada laman web ini (termasuk menerbitkan semula bahan-bahan tersebut ke laman web lain)
  • Menjual, menyewa atau memberikan lesen (sub-lesen) penggunaan bahan di dalam laman web ini
  • Menghasilkan semula, meniru, menyalin atau mengeksploitasi bahan-bahan di dalam laman web ini untuk tujuan komersil
  • Menyunting atau mengubah mana-mana bahan di dalam laman web ini
  • Mengedar atau mengagih semula bahan-bahan dari laman web ini

Had Liabiliti

Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam laman web ini disediakan secara percuma, dan anda memperakui bahawa adalah tidak wajar untuk kami dipertanggungjawabkan di atas penggunaan laman web ini dan segala maklumat yang terkandung di dalamnya. Dalam usaha kami untuk memastikan segala maklumat yang terdapat di dalam laman web ini adalah betul, kami tidak menjamin ketepatan dan lengkapnya sesebuah maklumat tersebut; dan kami tidak terikat di dalam menjanjikan bahawa laman web ini akan sentiasa tersedia atau maklumat-maklumat di dalam laman web ini sentiasa dikemaskini.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, kami mengecualikan segala perwakilan, jaminan dan keadaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, keadaan yang disifatkan undang-undang yang berkenaan sebagai kepuasan dari segi kualiti, kesesuaian untuk tujuan tertentu, dan penggunaan secara berhati-hati dan berkemahiran.

Akses Terhad

Sesetengah kemudahan pada laman web kami adalah terhad. Kami berhak untuk menyekat akses ke atas mana-mana bahagian atau kemudahan di dalam laman web kami, atau keseluruhan laman web kami, mengikut budi bicara mutlak kami. Sekiranya kami memberikan ID pengguna dan kata laluan yang akan membenarkan anda untuk mengakses bahagian, kandungan, servis atau kemudahan terhad di dalam laman web ini, anda haruslah menyimpan maklumat tersebut dan menganggapnya sulit. Anda juga akan dipertanggungjawabkan di atas segala aktiviti semasa penggunaan ID pengguna tersebut dan kata laluannya. Kami berhak membatalkan ID pengguna dan kata laluan tersebut bergantung kepada budi bicara kami.

Komen / Maklum balas

Anda tidak dibenarkan menggunakan laman web ini dalam apa jua cara atau keadaan yang akan atau menyebabkan kerosakan kepada laman web; mahupun kepada capaian atau ketersediaan laman web ini. Penggunaan laman web ini untuk kegiatan haram, tidak sah di sisi undang-undang, penipuan atau yang memudaratkan, atau yang berkenaan dengan sebarang aktiviti yang berkaitan (di atas) adalah dilarang sama sekali. Anda juga tidak dibenarkan menggunakan laman web kami untuk menyalin, menerbit atau menghantar bahan-bahan yang tidak sah di sisi undang-undang, atau bahan-bahan yang boleh disabitkan kesalahan di bawah undang-undang yang berkenaan.

Variasi

Kami akan dan mungkin menyemak dan mengubah terma dan syarat-syarat ini dari masa ke semasa.

Perjanjian secara keseluruhan

Terma-terma dan syarat-syarat ini merangkumi keseluruhan perjanjian ini di antara pihak kami dan anda berhubung dengan penggunaan laman web kami, dan mengatasi segala perjanjian sebelum ini berhubung dengan penggunaan laman web ini.

Bidang Kuasa dan Undang-Undang

Notis ini ditadbir dah diperakukan serta boleh digunapakai mengikut sistem perundangan Malaysia, dan segala percanggahan kepada notis ini tertakluk kepada lingkungan undang-undang Malaysia.

Peringatan : Sekiranya terdapat percanggahan dari segi fakta mahupun pemahaman, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.