Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 09:37 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Asas Tani > Hasil Tanaman Ladang

Hasil Tanaman Ladang

Penggiliran tanaman atau tanaman berjujukan akan memberi kesan terhadap hasil tanaman ladang - iaitu amalan penanaman secara berturutan jenis-jenis tanaman yang berlainan pada satu lokasi yang sama untuk kepelbagaian faedah seperti mengelak peningkatan patogen dan serang-serangga perosak yang sering kali berlaku kepada sejenis tumbuhan yang berulang kali ditanam dan dituai.

Penggiliran tanaman juga merupakan satu keperluan bagi mengimbangi kesuburan pelbagai tanaman untuk mengelak penyusutan nutrien tanah yang melampau. Ia merupakan satu komponen tradisional penggiliran tanaman yang menambah nitrogen melalui penggunaan baja hijau secara berturut-turut dengan bijirin dan tanaman lain. Ia adalah satu komponen polikultur. Penggiliran tanaman juga boleh memperbaiki struktur tanah dan kesuburannya dengan menggilirkan penanaman tumbuhan berakar panjang dengan tumbuhan berakar renek.

Penggiliran tanaman mengelak penurunan tahap kesuburan tanah kerana penanaman berulang di lokasi yang sama secara langsung menyusutkan pelbagai nutrien dalam tanah. Pada musim yang berikutnya, tanaman yang melarut resap nutrien dalam tanah digantikan dengan tanaman lain yang memulangkan nutrien kepada tanah atau mengambilnya dengan nisbah yang berbeza, sebagai contoh beras diikuti dengan kapas. Dengan menggilir tanaman, para petani dapat meneruskan hasil pengeluaran tanpa perlu membiarkan ia menjadi tanah rang, dan mengurangkan keperluan menggunakan baja buatan, yang mana kedua-duanya adalah lebih mahal. Menggilir tanaman secara amnya boleh menambah nutrien kepada tanah.

Kekacang, tumbuhan dari keluarga fabaceae, mempunyai nodul-nodul di dalam akarnya yang mengandungi bakteria pembaiki-nitrogen. Dengan itu, ia menjadikannya sesuai untuk menggantikan ia dengan bijirin (keluarga Poaceae) dan tumbuh-tumbuhan lain yang memerlukan nitrat. Penggiliran tanaman secara moden menyelang-nyelikan kacang soya dengan jagung. Dalam perladangan sara hidup, adalah amat berkesan untuk menanam kekacang dan bijirin pada masa yang sama pada ladang yang berlainan.

Penggiliran tanaman juga digunakan untuk mengawal serangga dan penyakit-penyakit yang boleh wujud di dalam tanah dari masa ke semasa. Tumbuh-tumbuhan yang berada dalam keluarga taksonomi yang sama cenderung mempunyai masalah serangga perosak dan patogen yang sama. Dengan kerap menukar lokasi penanaman, kitaran hayat serangga perosak boleh dihadkan ataupun diputuskan. Sebagai contoh, nematod buku akar merupakan satu masalah yang serius kepada sesetengah tumbuh-tumbuhan iklim panas dan tanah berpasir, yang mana ia secara perlahan-lahan meningkat hingga ke paras tinggi dan boleh merosakkan produktiviti tumbuh-tumbuhan dengan menyekat peredaran daripada akar pokok. Menanam tanaman yang bukan hos kepada nematod buku akar selama satu musim mengurangkan tahap nematod di dalam tanah, dan dengan itu memungkinkan penanaman jenis tanaman yang berisiko serangan nematod pada musim seterusnya tanpa perlu membuat pewasapan tanah.

Ia juga merumitkan kawalan rumpai yang sama dengan jenis tanaman yang mana ianya boleh mencemarkan hasil tanaman. Sebagai contoh, penyakit kulat (ergot) di dalam rumpai lalang adalah sukar dibezakan daripada bijian yang dituai. Jenis tumbuhan yang lain membenarkan rumpai tersebut disingkirkan, dan dengan itu memutuskan kitaran kulat tersebut.

Prinsipal ini digunapakai dalam pertanian organik di mana kawalan serangga perosak boleh dicapai tanpa penggunaan racun perosak sintetik.

Kesan umum penggiliran tanaman adalah kewujudan tanaman bercampur secara geografi, yang boleh memperlahankan penyebaran serangga perosak dan penyakit-penyakit lain semasa musim penanaman.

Kepelbagaian tanaman juga mengurangkan kesan-kesan akibat daripada cuaca buruk kepada seseorang petani dan, yang memerlukan penanaman dan penuaian pada masa yang berbeza, membenarkan lebih banyak tanah untuk penanaman dengan jumlah tenaga kerja dan peralatan-peralatan yang sama.

Pilihan dan turutan sesuatu penggiliran tanaman bergantung pada keadaan atau jenis tanah, iklim, dan proses pemendakan yang mana akan menentukan jenis-jenis tanaman yang boleh diusahakan. Aspek-aspek penting lain seperti pemasaran tanaman dan kepelbagaian ekonomi haruslah juga diambilkira dalam menentukan sesuatu penggiliran tanaman.

Sepintas lalu: Malaysia mempunyai 0.5 juta hektar tanah padi yang mana 0.2 juta hektar tanah digunakan untuk penanaman dwi-musim di 8 kawasan. Di luar dari kawasan tersebut dan juga di kawasan tanah padi yang masih mengharapkan taburan hujan, kawasan-kawasan tersebut kebanyakannya menanam secara tahunan.

Petani-petani di kawasan tersebut menanam secara konvensional dengan penggunaan bahan kimia yang rendah. Walau bagaimanapun, hasil dan pendapatan daripada penanaman ini adalah rendah.

Pihak kerajaan sentiasa mencari alternatif-alternatif untuk membantu para petani untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka. Salah satu kemungkinan adalah untuk mengusahakan beras organik di mana padi dan beras itu sendiri mempunyai harga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, perusahaan beras organik di Malaysia merupakan sesuatu yang masih baru dan maklumat penyelidikan mengenainya masih terhad. Pertanian beras organik merupakan sistem pengurusan pengeluaran holistik yang menjurus kepada penggunaan pengkulturan, amalan-amalan pengurusan biologikal dan mekanikal input-input kimia sintetik luar ladang, untuk mengoptimumkan kesihatan dan produktiviti di dalam mengekalkan sistem ekologi.

Pengambilan bijirin telah mengatasi pengeluaran pada masa-masa lepas dan kecenderungan ini dijangka akan berterusan.

Bekalan makanan dan pengeluaran hasil tanaman merupakan perkara yang menjadi kebimbangan setiap negara di dunia dan komoditi asas seperti beras, gandum, jagung, gula dan kapas dianggap mempunyai implikasi sekuriti nasional serta pengeluaran, pemprosesan dan pemasarannya dikawal ketat oleh kerajaan. Mengekalkan sumber bekalan hasil tanaman seperti beras, gandum, jagung, kacang soya, ubi kentang, serta beberapa bijirin dan tanaman lain merupakan keutamaan kebanyakan negara di dunia.

Sektor pertanian semakin terbuka dengan modenisasi pertanian dan capaian kepada WTO. Walau bagaimanapun, kebanyakan kerajaan akan terus mengawal pengeluaran dan pemasaran hasil tanaman utama melalui perubahan-perubahan polisi seperti sokongan dan harga.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 0 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.