Lebah bukan hanya menghasilkan madu dan lilin tetapi turut memberi kebaikan kepada para petani. Kebanyakan tanaman memerlukan lebah untuk mendebungakan ia. Lebah-lebah mengumpul sejenis cecair yang dipanggil nektar daripada bunga-bunga. Apabila lebah-lebah ini berbuat demikian, bahan-bahan serta debunga untuk pendebungaan bunga-bunga tersebut melekat pada badan lebah-lebah berkenaan. Debunga dipindahkan dari satu pokok ke satu pokok yang lain menggunakan kaedah ini.
Pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan biji benih bergantung pada lebah-lebah untuk pembiakan (pendebungaan). Kebanyakan bunga-bunga yang ditanam untuk hiasan memerlukan lebah untuk mendebunga bunga-bunga tersebut.
Menjual perkhidmatan lebah sebagai ejen pendebunga juga merupakan satu perniagaan yang penting. Lebah-lebah mendebunga pokok-pokok. Sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah, saderi dan bebawang turut memerlukan lebah untuk proses pendebungaan.
Pakar-pakar turut mengatakan bahawa hasil pengeluaran tumbuh-tumbuhan boleh ditingkatkan dengan bantuan lebah walaupun tumbuhan tersebut tidak memerlukan pendebungaan. Kualiti sesuatu hasil tanaman juga bergantung pada kekerapan pendebungaan yang ia terima. Sesetengah tanaman pula boleh membesar dengan tidak sekata sekiranya lebah tidak membekalkan debunga yang cukup untuk proses reproduksinya. Pendebungaan tanaman membekalkan kebanyakan lemak sayuran di dalam diet pemakanan manusia. Lebih daripada satu pertiga produk makanan adalah secara langsung atau tidak langsung dikaitkan dengan tanaman yang didebungakan oleh lebah. Pendebungaan lebah ialah aktiviti berpusat sesuatu rantaian bekalan makanan.
Dewasa ini, kebanyakan penternak lebah melihat pendebungaan sebagai suatu aktiviti yang lebih penting berbanding penghasilan madu lebah. Kebanyakan petani melihat pendebungaan lebah sebagai satu pelaburan yang baik kerana ia meningkatkan kualiti dan produktiviti tanaman mereka.