Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:43 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Kelengkapan Pakaian > Pakaian Terpakai (Bundle)

Pakaian terpakai (Bundle)

Pakaian terpakai biasanya didermakan kepada badan-badan amal kebajikan, yang kemudiannya diagihkan secara percuma atau dijual dengan harga yang lebih murah. Sesetengah organisasi akan menjual semula secara pukal pakaian-pakaian yang terkumpul kepada pengedar semula pakaian, dan menggunakan dana yang diperolehi untuk membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan atau untuk program-program mendapatkan keuntungan, sebagaimana perlu. Pakaian terpakai yang tidak sesuai dijual semula dalam pasaran yang lebih mewah masih boleh dijual kepada pembeli atau pengguna akhir dalam pasaran lain seperti pasaran pelajar atau pasaran yang lebih sederhana di dalam sebuah negara yang sedang membangun.

Di Malaysia, perniagaan pakaian terpakai lebih dikenali sebagai ‘bundle’. Perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang agak baru kepada senario perniagaan kecil-kecilan / perniagaan dari rumah di Malaysia mahupun di rantau ini. Perniagaan ini melibatkan stok-stok pakaian yang terpakai atau terlebih pengeluaran yang diimport secara pukal dari seluruh dunia. Kontena yang diisi dengan pakaian-pakaian terpakai dihantar oleh syarikat-syarikat perkapalan, yang mana pakaian-pakaian tersebut akan diedarkan untuk pasaran seperti kedai pakaian terpakai, pasar malam, bazar amal atau butik-butik pakaian khusus.

Pakaian terpakai yang diimport menjadi pilihan umum yang mana momentum dan popularitinya semakin meningkat di negara-negara membangun.

Sejarah perniagaan ‘bundle’ di Malaysia merupakan contoh kepada kedai-kedai pakaian terpakai yang wujud di seluruh Amerika Syarikat.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 0 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.