Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 09:53 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Kesenian & Grafik > Silkscreen

Silkscreen

Percetakan skrin, silkscreen atau serigrafi adalah satu teknik percetakan yang mencipta imej yang tepat menggunakan kaedah stensil.

Ia merupakan satu kaedah yang popular sama ada dalam bidang percetakan komersil mahupun hasil-hasil seni halus yang mana ia biasanya digunakan untuk mencetak kemeja-T, topi-topi, cakera padat, seramik, kaca, polietilena, polipropilena, kertas, logam dan juga kayu.

Memandangkan kebiasaannya bahan-bahan percetakan skrin sentiasa ada di pasaran dan dengan harganya yang berpatutan, ia sering digunakan oleh golongan sub-budaya. Penampilan bukan profesionalnya sering dilihat pada budaya “Buat Sendiri” (DIY) yang telah menjadi satu budaya estetik dalam penghasilan poster-poster wayang, muka depan album, risalah-risalah, baju-baju, jenis-jenis huruf komersil yang digunakan dalam pengiklanan dan berbagai-bagai lain.

Percetakan skrin grafik digunakan dengan meluas sekarang ini bagi menghasilkan pengeluaran grafik-grafik dengan jumlah yang besar seperti poster dan papan tanda. Cetakan berwarna boleh dihasilkan dengan mencetak dalam mod CMYK (biru, merah, kuning, hitam). Percetakan skrin biasanya menjadi pilihan berbanding proses-proses percetakan lain seperti sublimasi pencelupan warna atau percetakan inkjet kerana kosnya yang rendah dan juga kerana ia boleh dicetak di atas pelbagai jenis media.

Walaupun kewujudan percetakan berkomputer semakin luas, perkhidmatan para artis dan proses-proses silkscreen masih disediakan di Malaysia.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 0 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.