Seseorang yang bertauliah dari bidang asas tani berkemahiran dan mempunyai pengetahuan untuk memberi khidmat nasihat terhadap penggunaan secara efisien dan selamat produk-produk asas tani berasaskan kimia terhadap tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan ternakan. Mereka akan mempelajari tentang penyimpanan dan pengangkutan produk kimia asas tani yang merbahaya ini,kesan-kesannya ke atas alam sekitar, cara pelupusan produk kimia asas tani, pengurusan serangga-serangga perosak ke atas tumbuhan-tumbuhan dan haiwan, dan bagaimana untuk membaca dan mengenalpasti label-label bahan kimia asas tani.
Latihan industri asas tani dalam bidang tenusu direka untuk melengkapkan individu-individu pelbagai tahap pengalaman yang bekerja dalam sektor tenusu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan keuntungan, meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, serta meningkatkan tahap kepuasan bekerja.
Selain daripada aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, latihan ini turut meliputi pembelajaran navigasi luar secara selamat, mengenalpasti keadaan cuaca, pemerhatian terhadap protokol bekerja di dalam dan sekitar tanah ladang, komunikasi efektif antara ahli pasukan dan pengendalian yang lebih selamat untuk pemanduan kenderaan-kenderaan penggunaan khusus, kenderaan asas tani serta motosikal.
Bidang latihan dan pembelajaran turut meliputi pengetahuan kebajikan ternakan, prosedur-prosedur tapak biosekuriti, pengetahuan sistem anatomi ternakan, pencegahan wabak penyakit, pembersihan, sanitasi, kesihatan serta keselamatan.
Jurulatih menyediakan khidmat nasihat serta jualan produk-produk dan perkhidmatan asas tani yang meliputi bidang fisiologi haiwan, nutrisi dan kesihatan, pengeluaran tanaman, pemagaran, tanah dan baja, penjualan haiwan ternakan, dan perkhidmatan perundangan, kesihatan dan keselamatan, komunikasi, penjualan dan kawalan stok.