Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:22 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Asas Tani > Penternakan Haiwan

Penternakan haiwan

Penternakan haiwan merupakan satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada penternakan haiwan secara domestik di dalam suatu penetapan asas tani untuk menghasilkan bekalan makanan atau fiber, ataupun untuk penggunaan tenaga kerjanya. Istilah ini secara umumnya tidak meliputi penternakan ikan dan ternakan ayam dan itik.

Penternakan haiwan boleh dijalankan untuk mendapatkan keuntungan mahupun bagi menyara kehidupan seseorang individu. Menternak haiwan merupakan satu komponen penting di dalam asas tani moden. Ia telah diamalkan oleh masyarakat semenjak peralihan kepada pertanian daripada gaya hidup perburuan untuk mendapatkan sumber makanan.

Amalan penternakan berubah secara dramatik di seluruh dunia dan turut berbeza mengikut jenis haiwan-haiwan yang diternak.

Haiwan-haiwan yang diternak biasanya dijaga di dalam kurungan, diternak dan diberi makan oleh manusia, akan tetapi sesetengah haiwan ternakan tidak dikurung dan mempunyai capaian makanannya secara semulajadi atau membiak secara bebas atau mana-mana kombinasi seperti yang telah diterangkan.

Kurungan haiwan yang terdiri daripada padang ragut dan bangsal-bangsal merupakan suatu ciri pembangunan baru dalam sejarah asas tani. Terdapat kepelbagaian jenis kurungan apabila sesuatu ternakan (contohnya lembu) dikurung iaitu sebuah kandang kecil, kawasan padang ragut berpagar yang luas ataupun sebuah padang ternakan. Jenis-jenis makanan yang diberikan kepada ternakan turut berbeza sama ada rumput semula jadi hinggalah kepada makanan yang telah diproses secara sofistikated. Haiwan-haiwan dibiakkan secara terancang melalui permanian beradas atau melalui pengawanan terkawal.

Sistem-sistem pengeluaran dalam bangunan pula biasanya digunakan untuk ternakan ayam dan itik serta anak-anak lembu (untuk pasaran daging). Penternakan dalam bangunan biasanya dijalankan secara intensif kerana ia memerlukan ruang yang besar yang mana sekiranya tidak dijalankan sedemikian akan menyebabkan kerugian. Walau bagaimanapun, penternakan dalam bangunan menimbulkan pertikaian serta kontroversi kerana: sisa-sisa pembuangan oleh haiwan ternakan, masalah bau, potensi pencemaran sumber air dan juga isu-isu kebajikan ternakan.

Walaupun saiz kurungan dan tahap pengawasan berbeza-beza, haiwan ternakan lain diternak di luar. Dalam kawasan ternakan yang luas terbuka, haiwan-haiwan ternakan dibiarkan merayau dan sesekali ditinjau dan dihimpun. Sejak penciptaan kawat dawai berduri (pada tahun 1870-an), dan teknologi pemagaran elektronik, padang ragut berpagar menjadi lebih munasabah untuk digunakan dan pengurusan padang ragut dipermudahkan. Penggiliran padang ragut merupakan teknologi moden untuk meningkatkan kesihatan dan nutrisi sementara mengelak kerosakan persekitaran kepada tanah yang berkenaan. Dalam sesetengah kes, haiwan ternakan dalam jumlah yang besar dikurung pada tapak makanan (sama ada di dalam / di luar operasi pemakanan) di mana makanan haiwan tersebut diproses, sama ada pada atau luar tapak operasi dan kemudiannya disimpan di tapak operasi untuk diberi makan kepada haiwan-haiwan ternakan tersebut.

Haiwan ternakan - terutamanya lembu - ditanda untuk menunjukkan pemilikan dan sebagai penunjuk kepada usia ternakan tersebut, namun identifikasi penternakan moden menjurus kepada penggunaan tag telinga menggantikan sistem penandaan berkenaan. Kambing biri-biri juga biasanya menggunakan penanda telinga dan / atau tag telinga sebagai tanda pengenalannya. Dengan peningkatan tahap kebimbangan terhadap wabak lembu gila dan penyakit epidemik lain, penggunaan identifikasi cip mikro semakin meningkat dan kadangkala ia diperlukan bagi mematuhi peraturan kerajaan.

Pertanian dan penternakan moden menggunakan teknik-teknik yang meminimakan penglibatan tenaga kerja manusia, meningkatkan hasil pengeluaran serta meningkatkan kesihatan haiwan ternakan. Keadaan ekonomi, kualiti dan juga keselamatan pengguna turut memainkan peranan di dalam bagaimana sesuatu haiwan diternak. Penggunaan ubat-ubatan dan makanan tambahan (ataupun jenis makanan) mungkin dikawal atau dilarang, untuk memastikan hasil pengeluaran tidak meningkat dengan risiko ke atas kesihatan pengguna, keselamatan dan kebajikan haiwan ternakan yang berkenaan.

Amalan-amalan penternakan berbeza di seluruh dunia dan di Malaysia Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyimpan senarai produk-produk yang dibenarkan dan produk terlarang yang boleh digunakan kepada ternakan haiwan.

Penternakan haiwan skala kecil memerlukan pendedahan-pendedahan yang tertentu di dalam pasaran. Sumber-sumber pendedahan dengan harga yang berpatutan disediakan seperti soho.net.my dan pengendali-pengendali pembeli kecil-kecilan seperti majlis-majlis, ‘qurban’ dan lain-lain lagi.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 0 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.