Kertas Kerja (Proposal), Kemudahan Perbankan & Pinjaman
Bank merupakan sebuah institusi kewangan yang mana aktiviti utamanya bertindak sebagai ejen pembayar untuk pelanggan, selain daripada meminjam dan memberi pinjaman dan dalam konteks perbankan moden; menjana kewangan.
Fungsi komersil institusi perbankan antaranya termasuk:
Mengeluarkan wang tunai (nota janji yang dikeluarkan oleh pihak bank dan dibayar kepada penerima di atas permintaan pelanggan)
Memproses bayaran melalui sistem pindahan telegrafik, pindahan wang secara elektronik (melalui kad kredit, kad debit dan kad caj - EFTPOS), Perbankan Internet dan lain-lain
Mengeluarkan drafbank dan cek
Menerima wang tunai sebagai deposit / simpanan
Kemudahan pinjaman dalam bentuk overdraf, bayaran ansuran dan sebagainya
Mengeluarkan surat jaminan kredit (Letter of Credit), surat-surat jaminan lain, bon-bon dan lain-lain dokumentasi termasuk surat jaminan bank, sekuriti dan lain-lain dokumentasi yang tidak dinyatakan di dalam Imbangan Duga
Penyimpanan dokumen dan barangan bernilai tinggi di dalam peti simpanan deposit
Penukaran matawang asing
Jualan, agihan atau pembrokeran saham, dengan atau tanpa keterangan lengkap (panduan), yang melibatkan insuran, saham amanah dan produk kewangan lain yang ada di dalam sektor kewangan.