Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:42 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Perakaunan > Penyata Lengkap Perakaunan

Penyata Lengkap Perakaunan

Perakaunan merupakan satu proses yang mana maklumat-maklumat kewangan sesebuah perniagaan direkod, diklasifikasikan, diringkaskan, diinterpretasikan dan seterusnya dihuraikan.

Di dalam perakaunan kewangan, sesebuah penyata imbangan duga atau penyata kewangan adalah sebuah ringkasan atau rekod kewangan kepada ‘imbangan’ individu/perseorangan atau sesebuah organisasi. Aset, liabiliti dan pemilikan ekuiti disenaraikan pada tarikh yang tetap, contohnya seperti pada akhir sesebuah tahun kewangan. Penyata imbangan duga selalunya diperihalkan sebagai sebuah gambaran kepada keadaan kewangan sesebuah syarikat. Daripada empat penyata kewangan asas, hanya penyata imbangan duga yang digunakan untuk suatu tempoh khusus.

Penyata imbangan duga sesebuah syarikat mengandungi tiga bahagian; aset, liabiliti dan ekuiti pemegang saham. Kategori utama aset biasanya disenaraikan terlebih dahulu diikuti dengan senarai liabiliti-liabiliti syarikat. Perbezaan di antara aset dan liabiliti dikenali sebagai ekuiti atau aset bersih atau nilai bersih sesebuah syarikat; menurut persamaan perakaunan, nilai bersih bersamaan dengan aset ditolak dengan liabiliti.

Cara lain untuk mengira persamaan tersebut adalah aset bersamaan dengan liabiliti ditambah dengan nilai bersih. Inilah cara sesuatu imbangan duga dibentangkan; aset pada satu bahagian sementara liabiliti dan nilai bersih pada bahagian yang lain. Hasil persamaan ini haruslah sama; ianya haruslah “seimbang”.

Rekod kepada nilai-nilai setiap akaun atau setiap baris di dalam penyata imbangan duga biasanya diselenggara menggunakan sebuah sistem perakaunan dikenali sebagai sistem catatan bergu simpankira.

Sebuah perniagaan yang beroperasi sepenuhnya secara tunai boleh mengukur keuntungannya melalui pengeluaran sepenuhnya daripada bank pada penghujung sesuatu tempoh, termasuk tunai yang berada dalam tangan. Walaubagaimanapun, perniagaan yang sebenar tidak memberi pulangan segera; perniagaan-perniagaan ini mengumpul / membina stok barangan dan memperoleh bangunan dan peralatan. Dalam erti kata lain: perniagaan mempunyai aset dan ia tidak boleh, walaupun berkehendak, dengan segera akan menukarkan ia ke dalam bentuk tunai pada penghujung setiap tempoh masa. Perniagaan pada dasarnya berhutang kepada pembekal dan juga kepada organisasi pemungut cukai, dan pemilik tidak mengeluarkan modal asal dan keuntungannya pada penghujung sesuatu tempoh. Dalam erti kata lain, perniagaan juga mempunyai liabiliti.

Industri kecil dan sederhana seperti stesen petrol, restoren, agensi pelancongan, kontraktor dan perniagaan yang seumpamanya boleh mendapatkan khidmat akauntan bebas untuk penyediaan penyata lengkap akaun untuk tujuan audit. Proses ini boleh dilakukan samada secara mingguan mahupun bulanan dan ianya lebih murah dan kos efektif berbanding menggaji seorang kerani akaun di dalam perniagaan anda.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 1 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.
 
 
  First Tax And Management Services [ Malaysia ]
Oleh ftms [ Basic Membership ] pada 11 Februari 2009 Rabu 03:47 ptg
Company Brief First Tax & Management Services (FTMS) was incorporated on 23rd April 1988.  Its main activities are providing secretarial services to Private Limited and Limited..