Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 09:33 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Perakaunan > Pengauditan

Pengauditan

Audit dijalankan untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan sesuatu maklumat, dan juga untuk menyediakan penilaian kepada sistem kawalan dalaman. Sasaran sesuatu audit adalah untuk menilai dan menguji tahap kerja sesuatu individu / organisasi / sistem dan lain-lain pihak yang berkenaan. Oleh kerana kekangan-kekangan praktikal, juru audit hanya akan memberi jaminan bahawa penyata-penyata yang tersedia adalah bebas daripada ralat fizikal. Oleh itu, contoh-contoh statistik digunapakai di dalam pengauditan. Di dalam pengauditan kewangan, suatu set penyata kewangan dikatakan benar dan telus apabila ianya bebas daripada ralat fizikal – konsep yang dipengaruhi oleh faktor-faktor kuantitatif dan kualitatif.

Pengauditan tradisional biasanya dikaitkan dengan mendapatkan maklumat sistem kewangan dan rekod-rekod kewangan sesebuah perniagaan atau syarikat. Walaubagaimanapun, kebelakangan ini pengauditan turut menyertakan maklumat-maklumat sistem lain, seperti maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan persekitaran. Hasilnya, kini terdapat bidang pekerjaan yang mengendalikan audit persekitaran.

Dalam perakaunan kewangan, audit merupakan penilaian bebas kepada penyediaan penyata kewangan syarikat oleh pihak pengurusan. Ia dilaksanakan oleh mereka yang dikenali sebagai juru audit atau akauntan yang mahir, bebas dan individu-individu yang objektif, yang kemudiannya akan menghasilkan laporan juru audit berdasarkan keputusan pengauditan.

Sistem-sistem tersebut perlu mematuhi piawai umum yang ditentukan oleh pihak yang mengawal peraturan perniagaan. Ia memberi suatu jaminan kepada pihak ketiga atau pengguna luar bahawa penyata-penyata yang dipersembahkan adalah keadaan kewangan syarikat dan keputusan operasi yang telus.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 1 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.
 
 
  First Tax And Management Services [ Malaysia ]
Oleh ftms [ Basic Membership ] pada 11 Februari 2009 Rabu 03:47 ptg
Company Brief First Tax & Management Services (FTMS) was incorporated on 23rd April 1988.  Its main activities are providing secretarial services to Private Limited and Limited..