Sebuah kertas cadangan perniagaan merupakan suatu tawaran daripada seorang penjual kepada seorang pembeli. Kertas kerja yang dibuat berbeza dari segi saiz sama ada sekeping surat, atau senarai harga, sehingga beratus helaian muka surat yang mengandungi maklumat-maklumat spesifikasi khas. Di dalam sesuatu proses perniagaan, kertas kerja yang ditulis merupakan medium perjanjian di antara pembeli dan penjual, dan membentuk kepada susulan sesuatu kontrak perniagaan. Apabila sesuatu tawaran yang diusulkan diterima oleh pembeli, ia membentuk suatu dokumen yang mengikat secara sah dari segi undang-undang kepada kedua-dua pihak yang terlibat; pembeli dan penjual.
Dalam situasi jualan yang kompleks, proses menjual boleh memakan masa selama beberapa minggu hinggalah ke bulan untuk melengkapkan proses tersebut. Dalam sesuatu kes pula, proses tawar-menawar akan berlaku. Kertas kerja tersebut menyediakan satu kaedah formal komunikasi secara bertulis sepanjang proses rundingan yang berkenaan. Kadangkala, pembeli akan memohon Permintaan Kertas Kerja (RFP), atau Jemputan Pembidaan (IFB) atau Permintaan Sebutharga untuk memberi panduan kepada penjual dan menyediakan maklumat khusus tentang produk atas servis yang mereka mahukan. Spesifikasi-spesifikasi ini menjadi kehendak pelanggan, dan menulis satu kertas kerja yang berjaya perlulah memenuhi aspek keperluan tersebut.
Sesuatu kertas kerja yang berjaya akan meletakkan keperluan pembeli dalam konteks yang mana akan menjurus kepada produk dan perkhidmatan penjual, mendidik pelanggan mengenai keperluan mereka dan kemampuan penjual di dalam memenuhi segala tuntutan tersebut. Selalunya pihak pelanggan tidak mengetahui sepenuhnya tentang keperluan mereka, atau mereka tidak menyedari apa yang boleh disediakan bagi memenuhi keperluan mereka. Kadangkala, perbincangan yang panjang akan berlaku di antara pembeli dan penyedia perkhidmatan sebelum menemui jalan penyelesaian kepada keperluan yang berkenaan. Sumber-sumber rujukan yang lengkap turut memainkan peranan penting di dalam memuktamadkan sesuatu cadangan. Sesuatu usulan dianggap berjaya apabila ia berakhir dengan sebuah jualan, di mana kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka ingini. Ini merupakan satu situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Aliran Tunai merupakan satu terma yang merujuk kepada amaun tunai yang diterima atau dibayar oleh sesuatu perniagaan tertakluk kepada tempoh masa yang ditetapkan, atau kadangkala terikat dengan sesuatu projek khusus. Aliran tunai digunakan di dalam:
Untuk menilai prestasi atau keadaan sesuatu perniagaan atau projek.
Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan kecairan (liquidity). Situasi sesuatu perniagaan yang sedang mendapat untung tidak bermakna ia juga berada dalam kecairan. Sesuatu syarikat boleh menemui kegagalan kerana kekurangan tunai, walaupun sedang mendapat keuntungan.
Untuk menjana kadar pulangan sesuatu projek. Sela masa semasa dan selepas projek sesuatu aliran tunai digunakan sebagai input kepada model-model kewangan seperti kadar pulangan internal, dan nilai bersih semasa.
Untuk memeriksa pendapatan atau peningkatan sesuatu perniagaan apabila dipercayai bahawa konsep perakaunan terakru tidak mewakili realiti ekonomi semasa. Sebagai pilihan, aliran tunai boleh digunakan untuk 'mengesahkan' penjanaan pendapatan bersih melalui perakaunan terakru.
Aliran tunai sebagai terma umum boleh digunakan bergantung pada konteks, dan sesetengah definisi aliran tunai boleh diadaptasi oleh penganalisa dan pengguna lain mengikut kesesuaian penggunaan masing-masing. Terma biasa (dengan definisi piawai yang relatif) termasuk aliran tunai operasi dan aliran tunai bebas.