Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:46 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Pengiklanan & Penerbitan > Penerbitan

Penerbitan

Penerbit biasanya mengawal pengiklanan dan tugasan pemasaran lain, tetapi berkemungkinan akan menyerahkan pelbagai tugas kepada subkontraktor khusus seperti agensi pakar penerbit pemasaran untuk pengendalian aspek-aspek penerbitan yang tertentu. Dalam syarikat-syarikat kecil, suntingan, tugasan menyemak dan membetulkan kata serta susun atur biasanya dilakukan oleh pekerja bebas.

Kakitangan jualan pula kadangkala digantikan dengan syarikat-syarikat yang pakar di dalam penjualan yang mana akan mengenakan kadar tertentu kepada kedai-kedai buku, pemborong dan cawangan-cawangan pasaraya. Ia telah menjadi satu budaya yang semakin meningkat di mana cawangan-cawangan kedai buku dan pasaraya mempunyai sistem pembelian stok berpusat.  

Sekiranya keseluruhan proses dikendalikan oleh syarikat atau individu luar, dan kemudiannya dijual kepada syarikat penerbitan, ia dikenali sebagai pakej pembukuan (book packaging). Ini merupakan strategi yang biasa digunapakai di antara penerbit kecil-kecilan di dalam bidang pasaran yang berlainan yang mana syarikat pertama yang membeli hakcipta harta intelek tersebut menjual semula hakcipta tersebut kepada penerbit lain dan mendapat keuntungan segera terhadap modal yang dilaburkan. Sesungguhnya, penerbit yang pertama akan mencetak salinan yang secukupnya untuk semua pasaran dan dengan itu mendapat kuantiti maksimum untuk semua pasaran.

Industri penerbitan menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuk, majalah, buku, akhbar dan direktori. Ia juga menghasilkan kad ucapan, pangkalan data, kalendar dan pelbagai bahan lain, tidak termasuk perisian. Walaupun kebiasaannya ia menghasilkan bahan bercetak, industri penerbitan kini mula menghasilkan bahan-bahan dalam format lain, seperti audio atau cakera video (contoh: CD-ROM), atau media elektronik lain.

Walaupun kandungan dan format-formatnya mungkin berbeza, kebanyakan syarikat dan pengendali bebas mengamalkan langkah-langkah yang hampir sama dengan penerbitan bahan-bahan. Pertama, jabatan penyuntingan akan mendapatkan kandungan atau bahan yang akan diterbitkan. Sesetengah penerbit mempunyai kakitangan yang terdiri daripada para penulis, wartawan dan editor yang menyelidik rencana, cerita dan teks-teks lain untuk penerbitan. Para jurugambar dan artis-artis kadangkala di bawa masuk untuk menyokong bahan tulisan dengan ilustrasi dan foto-foto yang diperlukan. Penerbit-penerbit lain pula akan membeli bahan-bahan penulisan dan grafik daripada sumber luar, biasanya daripada golongan pekerja bebas yang berkaitan seperti penulis, jurugambar dan para artis. Apabila format ini digunakan, penerbit akan mendapatkan hakcipta untuk menerbit bahan-bahan yang diperolehi sebelum apa-apa penerbitan dibuat. Selepas sesuatu rencana atau cerita ditulis, manuskrip tersebut akan disemak untuk diteliti ketepatan fakta-faktanya dan kemudian disunting untuk memastikan penggunaan tatabahasa yang betul dan gaya penulisan yang jelas dan menarik. Penyunting dan penerbit juga akan mencipta kapsyen-kapsyen dan tajuk-tajuk berita serta mereka bentuk laman dan muka hadapannya.

Dengan capaian maklumat yang menjangkaui batasan sekarang ini, persaingan semestinya amat sengit di antara operasi bebas dengan syarikat-syarikat kecil. Untuk mengatasi masalah ini, pengendali bebas adalah dinasihatkan untuk menyenaraikan perkhidmatan mereka di SoHo.net.my untuk pasaran yang lebih meluas. Selain itu, sektor korporat boleh mendapatkan perbandingan harga yang lebih baik dan juga kepakaran kepada semua keperluan penerbitan mereka.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 1 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.
 
 
  Cybernote Sdn Bhd [ Malaysia ]
Oleh cybernote [ Basic Membership ] pada 18 November 2008 Selasa 05:32 ptg
ABOUT CYBERNOTE We are solution providers with capabilities in providing comprehensive multimedia and IT services. We are also a 100% Bumiputra Company registered with the Ministry of Finance...