Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 09:44 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Pengiklanan & Penerbitan > Penulisan Iklan & Pembangunan Kandungan

Penulisan Iklan & Pengurusan Kandungan

Penulisan iklan menggunakan perkataan-perkataan yang mempromosikan individu, perniagaan, pendapat mahupun idea. Ia mungkin digunakan sebagai teks biasa, sebagai iklan televisyen atau pun radio, mahupun kepelbagaian media lain. Tujuan utama penulisan salinan pemasaran ini atau teks promosi ini adalah untuk menarik minat pendengar atau pembaca untuk bertindak membeli produk atau melanggan sesuatu bahan. Sebagai pilihan, penulisan tersebut mungkin juga berniat untuk menjauhkan pembaca daripada sebarang fahaman atau tindakan.

Penulisan iklan termasuk salinan keseluruhan, slogan, tajuk berita, mel secara langsung, tagline, lirik iklan, kandungan Internet dan laman web, skrip komersil televisyen atau radio, kenyataan akhbar, dan bahan penulisan lain yang berkaitan dengan media pengiklanan. Penulis iklan menyumbang perkataan dan idea kepada iklan bercetak, katalog tempahan mel, papan iklan, iklan komersil, risalah, poskad, laman dalam talian, e-mel, surat-menyurat dan media pengiklanan lain.

Kebanyakan penulis iklan bekerja sebagai kakitangan di dalam organisasi-organisasi seperti agensi pengiklanan, firma perhubungan awam, pengurusan laman web, jabatan-jabatan pengiklanan, syarikat-syarikat besar, syarikat penyiar, akhbar, blog-blog sumber luar dan majalah-majalah. Penulis iklan juga boleh bekerja secara bebas untuk berbagai-bagai pelanggan sama ada bekerja di pejabat pelanggan mahupun beroperasi dari rumah.

Penulis iklan dan pembangun kandungan adalah penulis-penulis yang khusus. Mereka menyediakan naskhah pengiklanan untuk digunakan di dalam penerbitan atau penyiaran dan bahan-bahan penulisan lain untuk mempromosi jualan barangan atau pun perkhidmatan. Mereka selalunya perlu bekerjasama dengan pelanggan untuk menghasilkan tema-tema atau slogan-slogan pengiklanan dan mungkin akan terlibat di dalam pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kebanyakan penulis bebas menguruskan perniagaan sendiri dan menikmati waktu kerja yang fleksibel, namun mereka biasanya menghadapi tekanan untuk menyiapkan beberapa tugasan sekaligus, sambil perlu mencari peluang-peluang kerja yang baru. Tekanan untuk menepati tarikh akhir dan waktu bekerja yang panjang merupakan sebahagian daripada rutin pekerjaan ini yang mana boleh menyebabkan kelesuan, tekanan, mahupun permasalahan lain yang melibatkan emosi seperti tekanan jiwa. Selain daripada itu, penggunaan komputer dalam jangka waktu yang panjang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit belakang, kerabunan mahupun keletihan.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 0 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.