Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 09:50 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Pengiklanan & Penerbitan > Penerbitan Meja

Penerbitan Meja

Penerbitan meja (juga dikenali sebagai DTP) menggabungkan komputer peribadi (yang boleh didapati dengan harga berpatutan) dengan perisian susunatur laman WYSIWYG bagi mencipta dokumen-dokumen penerbitan pada sebuah komputer untuk penerbitan skala besar mahupun untuk output dan pengedaran peranti perisian pelbagai fungsi skala kecil. Pengguna mempunyai kefleksibelan untuk mencipta susunatur laman yang kompleks untuk menggabungkan teks, nota kaki bernombor, grafik, gambar dan elemen-elemen visual lain menggunakan perisian seperti QuarkXPress, Adobe InDesign, Microsoft Publisher, Apple Pages, Scribus (percuma – penggunaan terhad) atau mana-mana perisian grafik atau pemproses kata yang boleh menggabungkan teks bersama imej-imej.

Penerbitan meja juga termasuk kemahiran-kemahiran menyusun-atur laman. Walau bagaimanapun, kemahiran-kemahiran dan perisian yang berkenaan tidak hanya terhad kepada penerbitan buku. Kemahiran dan perisian yang sama biasanya turut digunakan untuk mencipta grafik-grafik yang diguna pakai untuk paparan-paparan titik jualan (point of sale), peralatan promosi, pameran perniagaan, reka bentuk pembungkusan runcit, dan papan tanda atau penanda-penanda luar.

Pengendali program penerbitan meja menggunakan perisian komputer untuk memformat dan menggabungkan teks, data, gambar-gambar, carta-carta serta ilustrasi-ilustrasi atau hasil grafik lain ke dalam laman-laman prototaip dan dokumen-dokumen lain yang akan dicetak. Mereka kemudiannya boleh mencetak dokumen-dokumen tersebut menggunakan pencetak resolusi tinggi atau bahan-bahan tersebut boleh dihantar kepada pencetak komersil, sama ada untuk cetakan ataupun secara elektronik. Sebagai contoh bahan-bahan yang dihasilkan oleh pengendali program penerbitan meja termasuk buku-buku, risalah-risalah, kalendar, majalah, buletin dan akhbar, pembungkusan dan borang-borang.

Pengendali program penerbitan meja biasanya merekabentuk dan mencipta grafik-grafik yang menyokong dan mengiringi teks, mengubahsuai gambar-gambar dan ilustrasi ke dalam format digital, dan memanipulasi teks dan imej untuk paparan maklumat yang lebih menarik. Mereka juga merekabentuk susunatur laman, membangunkan penyampaian-penyampaian dan kempen-kempen pengiklanan, serta melakukan pengasingan warna terhadap bahan-bahan seperti grafik dan gambar. Sesetengah pengendali program penerbitan meja juga melakukan kerja-kerja penulisan teks atau tajuk berita yang digunakan untuk buletin-buletin ataupun risalah-risalah. Mereka juga boleh menterjemah maklumat elektronik ke atas filem atau media tradisional lain sekiranya produk tersebut perlu dihantar untuk cetakan off-set. Syarikat-syarikat kini lebih banyak menghasilkan sendiri kerja-kerja pemasaran, promosi dan bahan-bahan lain yang berkaitan, dan dengan itu lebih ramai pengendali program penerbitan meja diambil bekerja untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut.

Sesetengah pengendali program penerbitan meja boleh juga menulis dan menyunting serta menyusun-atur dan mereka bentuk halaman-halaman yang berkaitan dengan penulisan. Sebagai contoh, selain daripada menyediakan rencana untuk sesuatu buletin, mereka juga bertanggungjawab untuk menyalin dan menyunting sesuatu kandungan atau menyediakan hasil penulisan mereka sendiri. Tanggungjawab untuk menulis dan menyunting turut berubah bergantung kepada jenis projek mahupun majikan. Firma-firma kecil biasanya menggunakan perkhidmatan mereka untuk melaksanakan pelbagai tugasan, manakala para pengendali program penerbitan meja di firma-firma besar mempunyai kepakaran yang tertentu di dalam proses penerbitan.

Perniagaan kecil-kecilan di Malaysia menggunakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat bebas untuk mengendalikan rekod-rekod syarikat dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Syarikat-syarikat kecil boleh merujuk penyenaraian Setiausaha Syarikat bebas untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkenaan. 

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 1 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.
 
 
  Persada Akram Enterprise [ Malaysia ]
Oleh persada [ Basic Membership ] pada 17 Mac 2009 Selasa 07:01 pagi
INTRODUCTION Persada Akram Enterprise was established two year ago in the year 2006. Persada Akram Enterprise was founded by one ambitious and determined young man Mr. Kamal Akram bin Datuk Ibrahim..