Pembaiki komputer peribadi memasang, membaiki dan menyelenggara kebanyakan mesin yang menjadi kegunaan perniagaan dan isi rumah. Sesetengah pembaiki akan pergi ke tempat kerja pelanggan atau lokasi lain untuk menjalankan sebarang pembaikan yang perlu. Mereka – dikenali sebagai juruteknik luar – selalunya mempunyai kawasan yang ditugaskan untuk menjalankan penyelenggaraan pencegahan secara tetap. Juruteknik dalaman pula, bekerja di dalam kedai yang terdapat di dalam kedai-kedai, kilang ataupun pusat servis. Dalam syarikat kecil, para pembaik boleh bekerja sama ada di dalam kedai mahupun di tempat pelanggan.
Pembaiki komputer, juga dikenali sebagai juruteknik servis komputer atau pembaiki peralatan pemproses kata, menyelenggara kerangka utama, pelayan dan komputer peribadi; pencetak dan peralatan komputer tambahan. Pekerja-pekerja ini biasanya mengendalikan pembaikan secara terus, penyelenggaraan, dan pemasangan komputer serta peralatan yang berkaitan. Kakitangan yang menyediakan bantuan teknikal kepada pengguna-pengguna sistem komputer, sama ada secara persendirian atau melalui telefon, di kenali sebagai pakar sokongan komputer atau juruteknik sokongan komputer.
Pembaik pulih komputer biasanya menggantikan subsistem daripada membaikinya. Penggantian subsistem lebih kerap dilakukan kerana kosnya yang tidak mahal pelanggan enggan memberhentikan operasi komputer mereka kerana ianya mengambil masa untuk di baik pulih. Subsistem yang biasanya diganti oleh para pembaik komputer termasuklah kad video, yang mana menghantar isyarat (signal) daripada komputer ke monitor; cakera keras, yang menyimpan data; dan kad rangkaian, yang mana membenarkan komunikasi antara jaringan dilaksanakan. Modul yang rosak akan diberi kepada juruteknik dalaman, yang akan menggunakan program perisian untuk mengesan punca masalah dan akan membaik pulih modul tersebut, jika berkemungkinan.