Rumah, pangsapuri, kilang, pejabat, sekolah, jalan dan jambatan adalah sebilangan daripada produk-produk yang dihasilkan di dalam industri pembinaan. Aktiviti-aktiviti industri ini termasuk membina struktur-struktur baru termasuk persediaan tapak binaan yang meliputi penambahan atau pengubahsuaian kepada struktur binaan yang sedia ada. Industri ini turut merangkumi penyelenggaraan, pembaikan dan penaik-tarafan terhadap struktur-struktur bangunan ini.
Industri pembinaan terbahagi kepada tiga segmen utama. Segmen pembinaan bangunan termasuk kontraktor, biasanya dikenali sebagai kontraktor umum yang membina rumah kediaman, bangunan perindustrian dan komersial serta bangunan-bangunan lain. Kontraktor pembinaan kejuruteraan sivil pula membina pembetungan, jalanraya, lebuhraya, jambatan, terowong dan projek-projek berat yang lain. Kontraktor perniagaan khusus pula mengendalikan kerja-kerja pakar di dalam pembinaan seperti pertukangan kayu, mengecat, sistem paip dan juga kerja-kerja pemasangan elektrik
Pembinaan biasanya dibuat atau diselaraskan oleh kontraktor umum yang mengkhusus sama ada di dalam pembinaan rumah kediaman atau bangunan komersil. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keseluruhan projek kecuali bahagian-bahagian tertentu daripada kerja-kerja keseluruhan yang mungkin tidak termasuk di dalam senarai tugas daripada kontrak umum. Walaupun kontraktor umum akan melakukan sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan dengan krew-krewnya sendiri, namun mereka selalunya memberikan subkontrak kepada kontraktor perniagaan khusus atau kontraktor pembinaan berat.
Kontraktor perniagaan khusus biasanya mengkhusus di dalam satu-satu bidang pengkhususan sahaja, seperti mengecat, pertukangan kayu atau kerja-kerja elektrik, atau bidang-bidang yang berkait rapat seperti sistem paip dan pemanasan. Selain daripada memenuhi bidang pengkhususan mereka, kontraktor perniagaan khusus tidak bertanggungjawab di dalam keseluruhan struktur projek. Mereka mendapat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja mereka daripada kontraktor umur, arkitek atau pun pemilik premis. Kerja-kerja pembaikan biasanya dibuat secara langsung daripada tempahan daripada para pemilik, penghuni, arkitek atau ejen-ejen sewaan.