Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 09:38 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Kek, Biskut, Coklat > Penjualan & Pengedaran

Penjualan & Pengedaran

Pekerja-pekerja di dalam industri pengeluaran makanan menghubungkan petani-petani dengan pengeluar hasil-hasil pertanian lain dengan pengguna. Ini dilakukan dengan memproses buah-buahan mentah, sayur-sayuran, biji-bijian, daging-daging serta produk tenusu ke dalam bentuk produk sedia dipasar oleh pekedai runcit atau pun pemborong kepada orang perseorangan, restoran atau institusi perkhidmatan makanan yang lain.

Pekerja-pekerja pengeluaran produk makanan menjalankan pelbagai tugas. Sebagai contoh, mereka menyembelih, memproses dan memotong daging dan ternakan lain, memproses susu dan produk-produk tenusu lain; menjeruk dan mengetin buah-buahan, sayuran-sayuran dan produk sejuk-beku; memproses dan menghasilkan tepung, bijirin,  makanan haiwan, produk biji-bijian lain; membuat roti, kek, biskut dan produk-produk bakeri lain;  menghasilkan gula, gula-gula dan produk konfeksi lain; memproses marjerin, lemak-lemak dan minyak-minyak; dan menyediakan pembungkusan makanan laut, kopi, kerepek ubi dan jagung dan mentega kacang. Walaupun senarai ini panjang, namun ianya masih belum lengkap. Para pekerja pengeluaran makanan turut memainkan peranan di dalam menghasilkan produk-produk makanan lain untuk sajian kita.

Kawalan dan jaminan kualiti adalah amat penting kepada industri ini. Kementerian Kesihatan Malaysia menyelia segala aspek pengeluaran dan penghasilan makanan. Sebagai tambahan, program-program keselamatan makanan telah diserapkan baru-baru ini kerana isu-isu pencemaran kimia dan bakteria di dalam makanan serta patogen-patogen yang dibawa oleh makanan masih menjadi kebimbangan kesihatan umum.  

Sebagai contoh,satu program pencegahan yang dinamakan Analisa Risiko dan Kawalan Kritikal menggunakan kaedah saintifik dalam penyediaan bahan-bahan mentah hingga ke produk-produk akhir (atau siap) dipraktikkan. Program ini menumpukan kepada mengenalpasti risiko dan mencegah risiko tersebut daripada mencemari makanan pada peringkat awal pemprosesan daging. Program ini bergantung sepenuhnya kepada perusahaan-perusahaan dalam membangun dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan seiring dengan satu sistem untuk menangani risiko pencemaran, yang kemudiannya diperiksa oleh Kementerian Kesihatan.

Perkhidmatan makanan dan tempat-tempat minum di Malaysia merupakan satu industri yang meluas. Tempat-tempat ini termasuk semua jenis restoran, daripada restoran makanan segera hinggalah ke tempat-tempat makan formal. Ini juga termasuk kafeteria, pembekal makanan, bar, kontraktor perkhidmatan makanan yang mengendalikan tempat-tempat makan di sekolah, arena sukan dan juga hospital. 

Walaupun saiz dan kepelbagaian barangan dan perkhidmatan yang disediakan berbeza-beza, namun orang ramai sudah biasa dengan kedai serbaneka, pasaraya mini atau kedai runcit yang boleh didapati di seluruh negara. Industri kedai runcit secara asasnya menjual barangan makanan termasuk bahan makanan yang cepat rosak dan mungkin juga menjual barangan lain tetapi mereka biasanya tidak mengkhusus di dalam penjualan sesetengah jenis makanan seperti daging, makanan laut atau makanan kesihatan.

Pasaraya tradisional lazimnya menjual kebanyakan daripada daging dan hasil segar, barang-barang yang dibungkus atau yang ditin, serta barang-barang kering seperti gula dan tepung untuk dijual kepada orang ramai yang tinggal di kawasan sekitarnya. Kadangkala mereka turut menyediakan beberapa barangan bukan makanan yang digunakan untuk menyediakan masakan di rumah seperti kerajang aluminium dan juga kertas tisu. Sekarang ini, pasaraya-pasaraya menjual pelbagai jenis barangan seperti barangan runcit, barang niaga umum, produk-produk kecantikan dan kesihatan serta beraneka makanan sudah siap disediakan seperti salad, sandwic dan lain-lain jenis makanan ringan.

Kebanyakan pasaraya mempunyai bahagian-bahagian khusus seperti makanan laut, daging, bakeri, deli, bunga dan lain-lain lagi. Barangan bukan makanan boleh didapati dari pasaraya yang lebih besar seperti barangan kegunaan dalam rumah, produk-produk penjagaan kecantikan dan kesihatan, produk-produk haiwan peliharaan dan juga kad-kad ucapan. Sesetengah pasaraya yang besar pula mempunyai kaunter-kaunter konsesi, medan selera atau gerai-gerai minuman, termasuk kawasan tempat duduk yang disediakan untuk pelanggan menikmati hidang semasa berada di dalam premis pasaraya tersebut. Sebagai tambahan, perkhidmatan katering, mesin pengeluaran wang, farmasi, pejabat pos, kedai memproses filem, perkhidmatan dobi dan sewaan video turut disediakan. Sesetengah pasaraya turut menyewakan ruang-ruang kepada institusi perbankan, kedai kopi atau penyedia perkhidmatan lain tetapi perkhidmatan sewaan ini tidak dikendalikan oleh pasaraya yang berkenaan.

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 2 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.
 
 
  Perusahaan As Nura [ Malaysia ]
Oleh asnura [ Basic Membership ] pada 03 Mac 2009 Selasa 09:06 pagi
Perusahaan As-Nura mula berkembang dan bermula dari rumah secara kecilan kecilan sejak 15 tahun dahulu.. Sekarang telah bertapak teguh sebagai pengusaha dan pengedar Kuih Bakar, bermacam kek dan..
 
  Dazzle Food Sdn Bhd [ Malaysia ]
Oleh dazzlechoc [ Basic Membership ] pada 24 November 2008 Isnin 03:19 ptg
Established in 2005, Dazzle Chocolate starts with a vision to be one of the largest chocolate manufactures in Malaysia. At Dazzle, all the chocolate are Malaysian homemade! We have expertise on..