Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:34 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Alam Sekitar > Seni Lanskap

Seni Landskap

Seni landskap merujuk kepada sebarang aktiviti yang mengubahsuai ciri-ciri nyata sesebuah kawasan tanah, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. Elemen kehidupan, seperti flora atau fauna; atau apa yang biasanya dirujuk sebagai Perkebunan, kesenian dan kemahiran dalam pokok yang membesar dengan sasaran untuk mencipta persekitaran yang cantik.
  2. Elemen-elemen semulajadi seperti pembentukan tanah, bentuk dan ketinggian kawasan tanah dengan ciri-ciri semula jadi, atau laluan air;
  3. Elemen-elemen fizikal seperti struktur, bangunan, pagar atau bahan objek yang dicipta dan/atau dipasang oleh manusia; dan
  4. elemen-elemen abstrak seperti cuaca dan keadaan cahaya.

Seni landskap merangkumi kedua-dua bidang sains dan kesenian serta memerlukan pemerhatian yang baik dan kemahiran merekacipta. Pelandskap yang bagus memahami elemen-elemen semulajadi dan pembinaan, dan menggabungkan kedua-dua elemen tersebut mengikut kesesuaian.  

Halaman rumah, taman-taman dan kawasan tanah yang direka, dihias dan dijaga dengan baik dan memberikan satu nilai positif serta menonjolkan kedamaian, akan meletakkan satu nilai yang tinggi kepada hartanah tersebut. Pekerja penyelenggaraan kawasan menjalankan pelbagai tugas yang sepatutnya untuk mencapai persekitaran luar rumah yang nyaman dan berfungsi. Mereka juga menjaga taman dalam rumah dan menanam secara komersil dan kemudahan awam, seperti pusat beli-belah, hotel-hotel, dan taman botanik.

Para pekerja seni landskap menanam pokok-pokok dan elemen yang lain ke dalam kawasan seni landskap dan menjaganya dengan rapi. Mereka mungkin memotong, menyipi, merapikan, menyuburkan, menyiram, dan menyungkup halaman dan  kawasan berumput sepanjang musim tumbesaran.

Mereka menggred hartanah dengan mencipta atau melicinkan bukit dan lerengan, memasang cahaya atau sistem perenjis, dan membina laluan, teres, halaman dalam rumah, dek, serta pancutan. Mereka juga mengangkut dan menanam tumbuh-tumbuhan baru, dan menanam serta mengubah, menyungkup, menyuburkan, dan menyiram tumbuhan, pokok-pokok dan pohon rendang yang sedia ada. Perumahan dan pelanggan komersil yang semakin bertambah, seperti pengurus dalam bangunan pejabat, pusat beli belah, bangunan perumahan pelbagai unit, serta hotel dan motel, cenderung untuk mendapatkan perkhidmatan menyeluruh penyelenggaraan seni landskap. 

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 0 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.