Pembelajaran Islam atau pendidikan Islam ialah satu istilah samar. Dalam konteks Muslim, "Pengajian Islam" merupakan istilah yang merangkumi semua aspek pengajian akademik islamiah, yang mana ianya termasuk kajian asal dan seperti yang ditakrifkan dalam pengetahuan Islam. Ia merangkumi semua bentuk tradisi pemikiran agama, seperti pandangan agama Islam dan perundangan Islam. Tambahan pula, ia menyerapkan bidang yang secara amnya dianggap sekular di Barat, seperti bidang Sains Islam dan Ekonomi Islam.
Dalam konteks bukan-Muslim, pendidikan Islam kebiasaannya merujuk kepada pengajian sejarah agama Islam, budaya, sejarah dan falsafahnya. Ahli-ahli akademik daripada berlainan disiplin menyertai dan bertukar-tukar pendapat mengenai masyarakat Muslim, yang dahulu dan sekarang. Walaupun pendekatan yang digunakan tidak ada kena mengena dengan agama, sesetengah cendekiawan bukan Muslim telah menghasilkan bahan bacaan yang dibaca oleh orang Muslim dengan meluas. Sebelum tahun 1980, cendekiawan bukan Islam dalam bidang ini telah dipanggil “Islamicist”; bidang ini biasanya dipanggil pendidikan ketimuran, yang kini dipanggil pendidikan Asia.
Banyak universiti menawarkan ijazah akademik dalam subjek pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, selain universiti dan kolej, pembelajaran dalam Islam ialah pengalaman kehidupan yang berterusan bagi seseorang Muslim. Kuliah yang tetap, ceramah, dan kelas-kelas di masjid, musalla dan rumah peribadi memudahkan orang Muslim masakini mengambil bahagian dalam hidangan rohaniah batiniah.
Kampung, kawasan-kawasan perumahan dan juga kariah masing-masing dengan tetap menawarkan kelas agama Islam dengan bayaran atau percuma. Kelas ini menyediakan pelbagai ajaran khusus meliputi fardhu ain, fardhu kifayah, kursus haji, kursus penyelenggaraan jenazah, kursus perkahwinan dan banyak lagi.