Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

10 September 2010 Jumaat 10:30 mlm Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Pengurusan Acara > Festival & Promosi

Festival & Promosi

Pengurusan acara merupakan satu aplikasi amalan pengurusan sesebuah pengurusan projek untuk mewujud dan membangunkan sesuatu acara dan festival.

Pengurusan acara melibatkan penyelidikan sesuatu jenama, mengenalpasti sasaran pengguna atau pengunjung, membangunkan konsep acara, merancang logistik dan menyelaras aspek-aspek teknikal sebelum sesuatu acara dijalankan.

Pertumbuhan semasa acara-acara dan festival sebagai satu industri di seluruh dunia bermakna perancangan dan pengurusannya tidak lagi boleh dijalankan secara ad hoc. Acara-acara dan festival-festival seperti Sukan Asian, SUKMA atau Festival Beli-Belah Dubai mempunyai impak yang besar kepada komunitinya, malahan juga kepada seluruh negara.

Industri ini kini meliputi acara-acara pelbagai saiz dan skala, daripada acara Olimpik hinggalah kepada perjumpaan mesyuarat korporat. Setiap industri, badan amal, persatuan ataupun kumpulan akan menganjurkan acara-acara mereka tersendiri untuk tujuan mempromosikan perniagaan mereka, mengutip derma ataupun semata-mata untuk meraikan apa-apa sambutan yang berkaitan.

Festival-Festival dan konvensyen-konvensyen mendekatkan orang ramai yang mempunyai tujuan atau minat yang sama antara satu sama lain. Pengendali atau perancang acara-acara ini bekerja keras untuk memastikan tujuan dan objektif acara tersebut tercapai. Perancang-perancang festival menyelaras semua perkara di dalam acara dan konvensyen, daripada lokasi dan peserta sehinggalah penyusunan bahan-bahan bercetak serta kelengkapan audio-visual.

Pengurus perkhidmatan acara dan festival, kakitangan profesional di hotel-hotel, pusat-pusat konvensyen dan institusi-institusi perkhidmatan yang sama, bertindak sebagai penghubung di antara kemudahan-kemudahan festival dengan perancang-perancang yang bekerja untuk pertubuhan-pertubuhan, perniagaan-perniagaan ataupun badan-badan kerajaan. Mereka mengemukakan perkhidmatan pilihan makanan kepada perancang-perancang luar, menyelaras permintaan-permintaan khas, mencadangkan perkhidmatan hotel berdasarkan bajet pihak perancang, dan membantu perancang-perancang acara luar untuk menjayakan sesuatu acara dengan efektif di lokasi mereka. 

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 1 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.
 
 
  Motorsports Malaysia [ Malaysia ]
Oleh motorsportsmalaysia [ Basic Membership ] pada 18 Ogos 2008 Isnin 05:18 ptg
Motorsports Malaysia focuses on the core purposes and values of a corporate identity that skewers its services to the crafting of products, market segments and technology breakthrough...