Selamat Datang ke SoHo.net.my, Portal Komuniti Perniagaan Malaysia.

07 September 2010 Selasa 09:19 pagi Daftar Percuma Daftar Masuk Change to English
SoHo.net.my - Portal Komuniti Perniagaan Anda

Ahli Soho

Ingati Saya

Sorotan Penting SoHo

Peralatan SoHo

Produk Kewangan Mikro

Profil Syarikat


       Carian Terperinci
 
 Laman Utama > Pengurusan Acara > Pameran

Pameran

Pengurusan acara dianggap sebagai salah satu alat pemasaran dan komunikasi yang strategik oleh syarikat-syarikat pelbagai saiz. Daripada majlis pelancaran hinggalah ke majlis sidang akhbar, syarikat-syarikat mewujudkan acara-acara promosi untuk membantu mereka berkomunikasi dengan pelanggan sedia ada mahupun bakal-bakal pelanggan. Mereka mungkin mencapai sasaran pelanggan mereka melalui penggunaan media berita dengan harapan untuk menjana liputan media yang mana dapat mencapai beribu malah berjuta individu. Mereka juga boleh menjemput pembaca / penerima berita untuk menghadiri acara mereka dan berkomunikasi secara langsung dengan semua pengunjung yang hadir semasa acara dijalankan.

Pengurus Acara (Pameran) merupakan orang yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan acara. Para pengurus acara dan kumpulan kerjanya biasanya merupakan orang di sebalik tabir yang mengendalikan perjalanan sesuatu acara. Pengurus acara boleh juga terlibat dengan tugasan-tugasan lain seperti pembangunan jenama, strategi pemasaran dan komunikasi selain merancang dan menjalankan sesuatu acara. Mereka pakar di dalam elemen-elemen yang membantu kejayaan sesuatu acara seperti elemen kreatif, teknikal dan logistik. Ini juga merangkumi rekabentuk acara, produksi audio-visual, penulisan skrip, logistik, belanjawan, perundingan dan juga perkhidmatan pelanggan. Ia merupakan satu bidang kerja yang berbilang dimensi.

Pameran merupakan satu bidang utama kepada setiap penganjur acara. Terdapat banyak syarikat-syarikat di Malaysia yang berkemampuan di dalam menganjurkan acara-acara yang bertaraf antarabangsa mahupun acara-acara persendirian.

Kebanyakan pameran dijalankan dan diuruskan daripada tahap idea hinggalah kepada penganjuran acara tersebut manakala pengurus acara bebas menyediakan perkhidmatan perundingan acara. 

→  Tawaran Jualan →  Tawaran Belian →  Katalog Produk ↓  Syarikat
Sejumlah 1 profil ditemui mengikut kriteria yang diberi.
 
 
  Cybernote Sdn Bhd [ Malaysia ]
Oleh cybernote [ Basic Membership ] pada 18 November 2008 Selasa 05:32 ptg
ABOUT CYBERNOTE We are solution providers with capabilities in providing comprehensive multimedia and IT services. We are also a 100% Bumiputra Company registered with the Ministry of Finance...