SoHo.net.my adalah sebuah portal Malaysia yang dibangunkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada usahawan SOHO yang semakin meningkat terutamanya kepada usahawan-usahawan di negara kita khasnya dan umumnya kepada rantau ini. Ia merupakan media yang paling sesuai untuk mencapai dan berhubung dengan pasaran di dalam Malaysia dan kemudiannya secara global melalui penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat sebagai alat yang memudahkan dan meningkatkan proses pemasaran dan perhubungan di antara perniagaan-perniagaan dan juga pengguna.
SoHo.net.my merupakan sebuah platform e-pemasaran perniagaan yang dinamik dan efisien yang dibangunkan dengan integrasi kepelbagaian ciri melalui kombinasi aplikasi perdagangan dan perniagaan. Ia direka untuk menyediakan peluang yang lebih luas dan amat berguna kepada usahawan SoHo untuk memasarkan produk-produk dan servis-servis 'secara kecil-kecilan' mereka ke dalam pasaran Malaysia yang semakin sengit dan berkembang maju.
Sebagai sebuah platform pemasaran, SoHo.net.my menyediakan kaedah rangkaian pada kos yang rendah dengan yuran yang berpatutan kepada pengguna-penggunanya. Ia direka untuk menghubungkan anda dengan perniagaan atau perusahaan kecil lain dan pada masa yang sama memberi peluang kepada perniagaan anda untuk bertapak dengan lebih kukuh di dalam bidang kategori perniagaan anda. Selain daripada ciri-ciri utama yang tersedia di dalam portal ini, SoHo.net.my, turut menyediakan peluang yang luas kepada para ahli untuk membuat capaian kepada pasaran-pasaran baru di dalam Malaysia mahupun di luar negara.
Ciri-Ciri utama portal SoHo:
- Platform E-Pemasaran Perniagaan komuniti SoHo (penyenaraian direktori perniagaan)
- Aplikasi-aplikasi E-Pemasaran Perniagaan
- Aplikasi Laman Mikro - Pilihan menggunapakai templet rekabentuk laman web
- Kemudahan Carian Terperinci untuk ahli dan perniagaan mengakses maklumat dalam portal
- Berita terkini, klasifikasi dan sorotan acara untuk kemudahan capaian maklumat para ahli
- Penyunting Kata Intuisi di bawah sistem pengurusan maklumat (CMS) untuk memudahkan penggunaan penyuntingan ayat di bahagian pembinaan kata.
- Alatan perniagaan dan sumber-sumber lain untuk membantu pengusaha perniagaan SoHo. Ini termasuk templet dokumen perniagaan, glosari perniagaan (ensiklopedia perniagaan dan perdagangan) dan kalkulator kewangan.
- Sumber maklumat dan rujukan imej yang luas kepada pengkhususan bidang perniagaan untuk membantu ahli-ahli di dalam pembinaan laman web mahupun profil syarikat
- Forum dalam talian untuk ahli-ahli berinteraksi dan membuat pertanyaan/maklum balas terhadap produk, servis, tawaran dan permintaan. Ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk membincangkan perihal perniagaan.
- Ruangan Iklaneka Klasifikasi untuk ahli mengiklankan barangan terpakai
- Kedai dalam talian SoHo menyediakan kemudahan kepada ahli-ahli yang inginkan portal SoHo untuk mengendalikan jualan secara terus kepada pelanggan dan pengguna. Pembeli yang berminat akan dapat menggunakan kemudahan membeli barangan secara dalam talian; ciri ini akan boleh digunapakai sepenuhnya bermula September 2009.
- Peningkatan rangkaian rakaniaga dan sekutu perniagaan menyumbang kepada sumber-sumber dan sokongan melalui rangkaian perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C). Senarai sumber kewangan mikro yang sentiasa dikemaskini membantu para ahli untuk mendapatkan maklumat terkini.
- Ahli-ahli Emas akan dapat menikmati segala kemudahan yang terdapat di dalam portal ini termasuk khidmat sokongan dan bantuan teknikal dan talian telefon untuk menggerakkan perniagaan anda
Peringatan : Sekiranya terdapat percanggahan dari segi fakta mahupun pemahaman, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.